Skip to main content

Filem

Marthino Lio Dedah Hampir ‘Terlepas’ Bawa Watak Utama Filem Badut Gendong - “Sedih Juga Saya…”

Astro Gempak 579

Sekilas

  • Marthino Lio hampir kehilangan watak utama Darso dalam filem seram aksi Badut Gendong selepas pengarah Charles Gozali mahu cuba pelakon lain terlebih dahulu.
  • Beberapa pelakon terkenal menolak watak tersebut kerana cabaran yang tinggi, menyebabkan watak itu akhirnya kembali kepada Marthino.
  • Badut Gendong, sebahagian daripada francais Universe Qodrat, akan ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 25 Jun dan menampilkan elemen seram serta naratif kemanusiaan yang mendalam.

Pelakon Indonesia, Marthino Lio mendedahkan watak utama sebagai Darso dalam filem seram aksi Badut Gendong hampir diberikan kepada pelakon lain sebelum akhirnya kembali menjadi miliknya.

Menurut pemenang Piala Citra itu, pengarahnya Charles Gozali pada mulanya teragak-agak untuk menggunakan khidmatnya sekali lagi memandangkan dia baru sahaja membintangi sebuah lagi filem terbitan rumah produksi sama.

Charles dikatakan mahu memastikan setiap karakter dalam semesta Qodrat tampil segar dan tidak mengelirukan penonton.

“Saya masih ingat ketika penggambaran Tumbal Darah, Pak Charles datang dan beritahu ada satu projek lain yang akan menjalani penggambaran pada tahun berikutnya.

“Beliau cuma cakap, ‘Nanti kamu cuba sahaja’,” katanya.

Bagaimanapun, apabila projek Badut Gendong mula memasuki fasa produksi, Charles memaklumkan bahawa mereka mahu mencuba pelakon lain terlebih dahulu.

“Bila Badut Gendong jadi, Pak Charles cakap ‘kita cuba dengan orang lain dulu ya’.

“Sedih juga sebab saya memang menantikan projek itu, tetapi akhirnya mereka cari pelakon lain,” ujarnya.

Menariknya, Marthino berkata empat hingga lima pelakon terkenal yang ditawarkan watak tersebut akhirnya menarik diri kerana merasakan karakter Darso terlalu mencabar untuk dibawakan.

“Iya, dan mereka curhat kepada saya juga.

“Mereka beritahu dapat tawaran watak itu dan saya cakap ambillah sebab peluang bekerja dengan Magma Entertainment memang menarik.

“Tapi mereka tak yakin dan akhirnya watak itu kembali kepada saya,” katanya sambil ketawa.

Selepas mencetuskan fenomena di Indonesia, Badut Gendong kini bersedia menggegarkan pawagam Malaysia bermula 25 Jun ini.

Filem tersebut merupakan antara naskhah di bawah francais Universe Qodrat yang telah mempunyai kelompok peminat tersendiri di Malaysia menerusi kejayaan filem Qodrat (2022) dan Qodrat 2 (2025).

Selain itu, filem ini merupakan terbitan MAGMA Entertainment, Komet Productions, Legacy Pictures, Skop Productions, Enotech, Astro Shaw, Applause, Virtuelines Entertainment, VMS Studio, Caravan Studio dan Alunan.

Kehadiran Badut Gendong dijangka mengukuhkan lagi kedudukan Universe Qodrat sebagai antara francais seram serantau paling berpengaruh ketika ini.

Tidak sekadar bergantung kepada elemen gangguan makhluk halus, filem berkenaan turut mengetengahkan naratif yang menyentuh sisi kemanusiaan, kehilangan, trauma psikologi dan tekanan sosial yang jarang diketengahkan dalam filem komersial.

Badut Gendong mengisahkan Darso yang kehilangan isterinya, Darsi dan menjadi sebahagian daripada francais Universe Qodrat yang semakin mendapat perhatian peminat filem seram serantau.

Selain Marthino Lio, filem terbitan MAGMA Entertainment itu turut dibintangi Clara Bernadeth, Khiva Iskak dan Vonny Anggraini.

Sumber: Suara.com

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

Must Watch Video

Advertisement