Skip to main content

Selebriti

Neelofa Terbuka Terima 'Review' Jujur Netizen, Dedah Nasi Ayam Ibu Resipi Keluarga Sejak Kecil - "Ramai Tag Saya & Mama Sampai..."

Bakar isteri

Sekilas

  • Neelofa berkongsi kisah ibunya, Noor Kartini, yang mula berniaga nasi ayam berharga RM26 sebekas selepas resipi yang dikongsi Neelofa viral di Instagram.
  • Resipi nasi ayam itu sudah lama wujud dalam keluarga mereka sejak kecil dan menjadi kegemaran sekeluarga, dengan sambutan yang pelbagai dari pelanggan.
  • Neelofa menjelaskan ibunya berniaga secara suka-suka sebagai aktiviti sampingan dan untuk membantu orang sekeliling, serta terbuka menerima pandangan jujur orang ramai.

Pelakon, Neelofa tampil berkongsi detik permulaan ibunya, Noor Kartini membuka perniagaan nasi ayam yang berharga RM26 sebekas.

Menerusi perkongsian di Instagram, ibunya terdetik untuk menjual selepas resipi nasi ayam yang dikongsikan oleh Neelofa mendapat sambutan yang hangat di media sosial.

"Pada awalnya, saya yang kongsi resipi nasi ayam dekat Instagram dan tiba-tiba viral pula. Ramai tag saya dan mama sampai satu saat mama kata dia nak cuba jual  nasi ayam,"katanya.

Menurutnya, resipi tersebut telah wujud sejak dirinya kecil lagi, malah ia merupakan kegemaran mereka sekeluarga.

"Sejak kecil lagi dan zaman duduk kat Pasir Mas, Kelantan, menu inilah yang kami makan hingga sekarang. Ini kegemaran kami sekeluarga.

"Siapa yang dah rasa, kebanyakkannya kata sedap tetapi ada juga yang kurang suka. Terpulang pada lidah masing-masing," ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Suri Hati Mr Pilot itu turut mengakui dirinya terbuka menerima pandangan orang ramai mengenai perniagaan tersebut, namun dia menegaskan bahawa ibunya hanya menjual sekadar suka-suka sahaja dan ingin membantu orang sekeliling.

"Saya nak pesan juga. Ada yang beri pandangan mereka mengenai nasi ayam ini. Sejujurnya, saya okay saja dengan orang yang buat review jujur pasal nasi ayam ni sama ada sedap atau tidak. Okay saja.

"Mama buat nasi ayam ni sekadar sampingan memandangkan mama pun sudah tidak bekerja. Dia buat hanya sekadar suka-suka dan dalam masa sama membantu orang-orang sekelilingnya," kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement