Skip to main content

Selebriti

Piala Dunia 2026: “Dia Score, Saya Nangis Sorang-Sorang Dalam Rumah” - Kamal Adli Kagum, Ronaldo Masih Power Di Usia 41 Tahun!

Kamal Adli Piala Dunia Ronaldo

Sekilas

  • Kamal Adli teruja dengan kemenangan besar Portugal 5-0 ke atas Uzbekistan dalam Piala Dunia 2026 dan menegur mereka yang merendahkan pencapaian itu.
  • Kamal memuji corak permainan Portugal dan menegaskan bukan lawan yang penting, tetapi bagaimana pasukan bermain di atas padang.
  • Kamal juga kagum dengan prestasi Cristiano Ronaldo yang masih cemerlang pada usia 41 tahun, termasuk menjaringkan dua gol dalam perlawanan tersebut.

Pelakon, Kamal Adli meluahkan rasa gembira dan teruja selepas menyaksikan aksi Portugal dalam saingan Piala Dunia 2026 menetang Uzbekistan 5-0 dalam aksi Kumpulan K di Houston, pada awal pagi tadi.

Menerusi satu perkongsian di platform Threads, Kamal mengakui kemenangan Portugal memberikan kepuasan buat dirinya sebagai peminat setia pasukan tersebut.

Malah, Kamal turut membidas pandangan segelintir pihak yang merendahkan kemenangan Portugal dengan alasan mereka hanya berdepan Uzbekistan.

Kamal berpendapat, isu sebenar bukanlah mengenai siapa lawan yang dihadapi, sebaliknya bagaimana sesebuah pasukan mempamerkan corak permainan terbaik di atas padang.

“Terima kasih, game England yang bosan membantu saya untuk tidur awal lepas happy dengan Portugal game,” coretnya.

“Haters dok cakap lawan dengan Uzbek boleh menang. Bukan isu lawan siapa tapi diorang main game diorang sebenar,” luahnya.

Pada masa sama, Kamal turut menyatakan rasa kagum terhadap legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo yang masih mampu beraksi walaupun sudah berusia 41 tahun.

Jelas Kamal, kehadiran Ronaldo masih menjadi tarikan utama kejohanan Piala Dunia dan ramai peminat bola sepak tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan aksi bintang Portugal yang berkemungkinan menjadi penampilan terakhirnya.

“Ronaldo tu dah 41 tapi mampu score lagi dan main 90 minit. Kira just enjoy last World Cup dia sebab, pasal dia ni ramai manusia nak tengok World Cup walaupun acah acah minat bola.

“Pemain lain umur 41 ni banyak menanam ciku dah. Semalam dia score tu saya nangis tau sorang-sorang dalam rumah.

“Bruno terima kasih pakai otak balik. Done backup CR7 lagi,” coretnya.

Untuk info, Ronaldo menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam enam kempen Piala Dunia apabila kapten Portugal itu meledak dua gol dalam kemenangan besar 5-0 ke atas Uzbekistan.

Kemenangan besar di Houston itu meletakkan Portugal di ambang pusingan kalah mati serta sekali gus memadam kritikan hebat yang yang diterima pemain berusia 41 tahun itu.

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement