Skip to main content

Travelmana

#Travelmana: Baling Sasar 60,000 Pengunjung, Festival Empat Hari Gabung Budaya, Makanan & Sukan Lasak

ASTRO GEMPAK baling
Baling Sasar 60,000 Pengunjung, Festival Empat Hari Gabung Budaya, Makanan & Sukan Lasak Daerah Baling, Kedah bakal menjadi antara destinasi yang wajib dikunjungi sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 menerusi penganjuran Baling Escapade Festival (BEF) 2026 yang berlangsung dari 29 Julai hingga 1 Ogos depan. Festival selama empat hari itu dijangka menghimpunkan lebih 60,000 pengunjung menerusi gabungan pelbagai aktiviti melibatkan budaya, gastronomi, pelancongan komuniti serta sukan pengembaraan dalam satu acara berskala besar. Mengangkat tema Escape. Explore. Experience Baling, festival berkenaan bertujuan memperkenalkan keunikan Baling yang terkenal dengan panorama Gunung Baling, Gunung Pulai, sungai semula jadi serta warisan budaya yang kaya kepada lebih ramai pelancong tempatan dan antarabangsa. Antara tarikan utama ialah The Cultural Jam @ Baling yang mengetengahkan persembahan seni tradisional, muzik, kraftangan dan budaya masyarakat tempatan serta Nusantara. Bagi penggemar makanan pula, Baling Food & Gastronomy Experience menerusi Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta bakal menghimpunkan lebih 100 gerai yang menawarkan pelbagai makanan tradisional Kedah, produk tempatan serta pengalaman gastronomi yang unik. Festival itu turut dimeriahkan dengan penganjuran acara larian denai bertaraf antarabangsa, The Magnificent Baling 100 (TMB100) yang dijangka menarik lebih 4,000 pelari dari dalam dan luar negara. Kehadiran ribuan peserta bukan sahaja memeriahkan festival, malah dijangka memberi limpahan ekonomi kepada sektor penginapan, makanan dan minuman, pengangkutan serta perniagaan tempatan di sekitar daerah Baling. Menurut penganjur, gabungan elemen budaya, makanan, alam semula jadi dan sukan lasak menjadikan Baling Escapade Festival antara festival pelancongan paling komprehensif yang pernah dianjurkan di Kedah. Selain menarik kehadiran pelancong, festival ini turut membuka peluang kepada usahawan tempatan, penggiat seni budaya, komuniti dan perusahaan kecil untuk mempromosikan produk serta perkhidmatan masing-masing. Baling Escapade Festival 2026 dianjurkan oleh Raydiates Blue Sdn. Bhd. dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Tourism Kedah dan Majlis Daerah Baling.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA Unisex ULTRA 6 MATCH FG/AG Football Boots (Blue)

PUMA Unisex ULTRA 6 MATCH FG/AG Football Boots (Blue)

【Ready Stock】FitYoga Women Yoga Pants Fitness Pants Legging for Running Yoga Sports Fitness

【Ready Stock】FitYoga Women Yoga Pants Fitness Pants Legging for Running Yoga Sports Fitness

4XL Motor Cover Waterproof Motorcycle Cover Motor Selimut Motor Sarung Motor Bike Cover Motorcyle Honda Motor Cover Rain

4XL Motor Cover Waterproof Motorcycle Cover Motor Selimut Motor Sarung Motor Bike Cover Motorcyle Honda Motor Cover Rain

Decathlon Swimming Goggles Xbase L Clear Lenses - Blue (Anti-Fogging) - Nabaiji

Decathlon Swimming Goggles Xbase L Clear Lenses - Blue (Anti-Fogging) - Nabaiji

JDT 3D Block 1071

JDT 3D Block 1071

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Must Watch Video

Advertisement