Skip to main content

Hiburan

"Tinggalkan Bergaduh Atau Bersembang Benda..." - Dr. Izzar Titip Nasihat Buat Pengguna Threads

Astrogempak IZZAR

Sekilas

  • Dr. Izzar Anwari menegaskan bahawa platform Threads harus digunakan untuk membincangkan isu-isu semasa yang penting dan memberi kesan kepada kehidupan harian.
  • Beliau menasihatkan pengguna supaya mengelakkan perbincangan yang tidak berfaedah atau bergaduh di Threads.
  • Threads dianggap sebagai medium yang pantas menyebarkan maklumat, berpotensi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pelbagai isu.

Personaliti media sosial, Dr. Izzar Anwari memberi pandangan mengenai cara memanfaatkan platform Threads sebagai medium penyebaran maklumat.

Menerusi satu hantaran di Threads, Dr. Izzar berpendapat platform tersebut seharusnya digunakan untuk membincangkan isu-isu semasa yang penting serta memberi kesan langsung kepada kehidupan harian orang ramai.

“Saya rasa Threads ini wajar kita gunakan untuk fokus kepada isu-isu semasa yang penting dan memberi kesan kepada kehidupan harian kita.

“Tinggalkan bergaduh atau bersembang benda lagha,” tulisnya.

Menurut Dr. Izzar, salah satu kelebihan utama platform tersebut adalah keupayaannya menyebarkan maklumat dengan sangat pantas, sekali gus menjadikannya medium yang berpotensi untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pelbagai isu.

“Sebab kat Threads ni laju je maklumat sampai. Sama ada baik atau buruk,” katanya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang bersetuju dengan pandangannya itu.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement