Skip to main content

Hiburan

Remy Ishak Dedah Pernah Jadi Pemandu E-Hailing Sebelum Pandemik - “Orang Tak Kenal Sebab…”

Remy Ishak

Sekilas

  • Datuk Remy Ishak berkongsi pengalaman menjadi pemandu e-hailing sebelum pandemik COVID-19 demi meneruskan kehidupan.
  • Beliau mengakui pernah menolak tawaran kerja sehingga namanya kurang dikenali pada waktu itu.
  • Pengalaman tersebut mengajar Remy untuk lebih menghargai peluang dan tidak menolak rezeki yang datang.

Pelakon, Datuk Remy Ishak berkongsi liku-liku yang pernah dilaluinya sebelum pandemik COVID-19.

Menerusi podcast Studio Sembang yang dikendalikan pelakon dan pengacara, Amelia Henderson, pemilik nama Mohammad Zalimei Ishak mendedahkan dia pernah menjadi pemandu e-hailing demi meneruskan kehidupan.

“Sebelum zaman pandemik, saya struggle, nama saya Remy Ishak, tapi saya bawa Uber.

“Sebab masa itu, bila rezeki sampai, saya tolak, dengan alasan nak rehat. Selepas itu nama saya terus senyap.

“Tak ada orang kenal saya masa itu sebab saya bawa Uber premium. Selepas tu, saya dah tak nak tolak tawaran yang datang,” katanya.

Bercerita lanjut, pelakon filem Mikhael ini beranggapan pengalaman itu banyak mengajar dirinya supaya lebih menghargai setiap peluang pekerjaan yang datang.

Ujarnya, dia kini lebih berhati-hati dalam sebelum membuat sebarang keputusan.

“Bila rezeki sampai, saya akan bincang dengan manager saya.

“Betul, orang cakap, rezeki jangan ditolak,” katanya lagi.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

Must Watch Video

Advertisement