Skip to main content

Selebriti

Atikah Suhaime Terkilan Pesanan Kerap Tak Lengkap, Akui Serba Salah Nak Tegur Rider – “Takut Nanti Saya Pula Dilabel Artis Sombong…”

Bakar isteri

Sekilas

  • Pelakon Atikah Suhaime berkongsi pengalaman kecewa apabila pesanan barang dapur secara dalam talian sering tidak lengkap dan penghantar memberi alasan tidak munasabah.
  • Atikah menjelaskan ini bukan kali pertama berlaku dan dia pernah beberapa kali menghadapi situasi sama walaupun sudah cuba tukar perkhidmatan penghantaran.
  • Dia turut terkilan apabila penghantar menyalahkan dia kerana tidak memaklumkan lebih awal sedangkan dia hanya tahu pesanan tidak lengkap selepas dimaklumkan kedai.

Pelakon Atikah Suhaime meluahkan rasa kecewa apabila berdepan pengalaman kurang menyenangkan melibatkan sebuah syarikat penghantaran makanan dan barang runcit.

Menerusi perkongsian di Threads, Atikah atau nama penuhnya Nur Atikah Mohd Suhaime mendakwa pesanan barang dapur yang dibuatnya sering kali tidak lengkap selain penghantar memberikan alasan yang dianggap tidak munasabah.

Menurut Atikah, situasi tersebut bukanlah kali pertama berlaku, malah dia sudah beberapa kali berdepan pengalaman sama setiap kali membuat pesanan barangan memasak secara dalam talian.

“Dah berapa kali saya terkena dengan perkara yang sama. Saya sibuk dan jarang ke pasar. Jadi, saya order grab untuk barang masak.

“Dah order banyak tetapi rider tak ambil semua. Bila saya suruh patah balik untuk ambil, dia tak mahu dan beri alasan sebab jauh.

“Saya selalu diamkan sahaja. Kemudian, saya order lagi tetapi grab tempat lain,” tulisnya.

Tambah pelakon itu lagi, dia berasa terkilan apabila penghantar tersebut seolah-olah menyalahkannya kerana tidak memaklumkan perkara berkenaan lebih awal sedangkan dia sendiri hanya mengetahui mengenai pesanan yang tidak lengkap selepas dimaklumkan pihak kedai.

“Namun, hari ini kena lagi. Rasa macam tak adil pula bila rider cakap kenapa saya tak beritahu dengan lebih awal. Dah kedai itu baru maklum pada saya yang awak tak ambil order.

“Selepas itu, awak buat macam saya pula yang salah padahal dia yang tak ambil.

“Nak marah tapi kita takut dia mengadu kat Threads dan kata saya artis sombong pula,” ujarnya.


Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Must Watch Video

Advertisement