Skip to main content

Hiburan

Raya Pertama Aliff Syukri Meriah, Rumah Dikunjungi Lebih 500 Saudara-Mara Setiap Tahun - “Saya Tak Bagi Duit Raya Tapi Bagi Hadiah”

Aliff Syukri

Sekilas

  • Datuk Seri Aliff Syukri akan menerima hampir 500 tetamu di rumahnya pada Aidilfitri, jadi dia hanya memasak satu atau dua lauk dan menggunakan khidmat katering untuk yang lain.
  • Suasana raya di rumah Aliff sangat meriah dengan kehadiran ahli keluarga, kenalan, dan saudara-mara yang datang bersama keluarga masing-masing.
  • Aliff tidak memberi duit raya tetapi memberikan hadiah sebagai saguhati kepada semua tetamu yang datang, dan hanya membuka rumah pada hari raya pertama sahaja.

Aidilfitri setiap tahun adalah sambutan yang meriah buat usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri apabila kediamannya bakal dikunjungi hampir 500 tetamu yang terdiri daripada saudara mara.

Disebabkan kehadiran tetamu yang terlalu ramai, Aliff memaklumkan dia hanya akan memasak satu atau dua jenis lauk dan selebihnya akan menggunakan khidmat katering.

“Hari raya pertama memang orang akan serbu rumah kita dulu. Daripada pagi sampai malam, lebih kurang 500 orang datang.

“Biasa hari raya pertama saya hanya masak satu lauk saja, contohnya laksa atau rendang kerang. Yang lain memang saya buat catering sebab tetamu rumah saya terlalu banyak.

“Kalau tidak, mana nak masak, mana nak tengok anak, memang tak sempat. Jadi konsep dia macam datang, salam-salam, makan-makan. Lagi pula, saya tak nak susahkan orang gaji sangat,” katanya kepada Gempak.

Berkongsi lanjut, Aliff memaklumkan suasana raya pertama di rumahnya sangat meriah kerana bukan sahaja akan dihadiri ahli keluarga terdekat malah turut menerima kedatangan kenalan serta saudara-mara yang datang bersama keluarga masing-masing.

“Kadang ipar-duai, biras, kawan-kawan semua datang sekali. Kadang-kadang ada juga yang saya tak kenal pun,” katanya lagi.

Ditanya mengenai jumlah duit raya yang akan diberikan, Aliff berkata dia tidak berbuat demikian sebaliknya memilih untuk memberikan hadiah kepada semua tetamu yang datang.

“Saya lain sikit, tak bagi duit raya tetapi saya akan barang-barang buat tetamu saya.

“Barang-barang itu diibaratkan seperti hadiah dan saguhati buat semua tetamu yang datang,” kongsinya.

Bagaimanapun, Aliff menjelaskan dia hanya membuka rumahnya kepada tetamu pada hari raya pertama sahaja sebelum meluangkan masa menziarahi keluarga dan rakan-rakan lain pada hari raya berikutnya.

“Hari raya pertama saja saya buka rumah untuk tetamu datang beraya.

“Hari raya kedua biasanya saya pula pergi beraya rumah orang,” kongsinya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

[Ready stock]Seluar Kargo Slack six Poket/Unisex Tactical Pant 💥boleh pakai tali pengang size 28-40

[Ready stock]Seluar Kargo Slack six Poket/Unisex Tactical Pant 💥boleh pakai tali pengang size 28-40

[5 Pcs / Pek] Seluar Dalam Seluar Dalam Pertengahan Pinggang Cetakan Awan Comel Wanita, Seluar dalam kapas wanita, Seles

[5 Pcs / Pek] Seluar Dalam Seluar Dalam Pertengahan Pinggang Cetakan Awan Comel Wanita, Seluar dalam kapas wanita, Seles

Heal Chocolate Crunch/Fruity Raspberry Breakfast Protein Bar (3 Bars) - Halal Certified

Heal Chocolate Crunch/Fruity Raspberry Breakfast Protein Bar (3 Bars) - Halal Certified

Crush Fashion American Style Side Stripe Summer Thin Paratrooper Pants for Women Loose Wide Leg Straight Street Dance Sports Cargo Pants

Crush Fashion American Style Side Stripe Summer Thin Paratrooper Pants for Women Loose Wide Leg Straight Street Dance Sports Cargo Pants

1258 LATIFF Safety Shoes Kasut Kerja Anti Slip Anti Smash Protective Steel Lightweight Kasut Lelaki Toe Cap

1258 LATIFF Safety Shoes Kasut Kerja Anti Slip Anti Smash Protective Steel Lightweight Kasut Lelaki Toe Cap

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Must Watch Video

Advertisement