Skip to main content

Hiburan

“Perjalanan Ini Tak Mudah…” - Bella Astillah Titip Pesanan Buat Didi, Doakan Sentiasa Bahagia Bersama Suami

Bella Astillah

Sekilas

  • Bella Astillah sebak dan gembira apabila adiknya, Didi Astillah, selamat bergelar isteri kepada Diniey Ng dalam majlis di Cyberjaya.
  • Bella mendoakan kebahagiaan rumah tangga Didi dan berkongsi pesanan agar sentiasa bersabar dan saling menyayangi dalam menghadapi ujian.
  • Majlis pernikahan berlangsung meriah dengan mas kahwin RM300, cincin, dan hantaran berbalas antara kedua keluarga.

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah tidak dapat menahan rasa sebak selepas adiknya, Didi Astillah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan, Diniey Ng atau Muhammad Nur Fiqrat Ismat Diniey pada Jumaat.

Berkongsi momen bermakna itu, Bella mendoakan agar rumah tangga yang dibina Didi berkekalan hingga ke akhir hayat dan dipenuhi dengan kebahagiaan.

“Kak Long (Bella) sentiasa doakan kebahagiaan adik. Daripada kecil kita sentiasa bersama-sama, hari ini tak sangka adik dah jadi isteri orang.

“Semoga adik bahagia bukan saja sampai hari tua, tetapi sampai ke jannah,” katanya kepada Gempak.

Dalam masa sama, Bella turut menitip beberapa pesanan buat Didi yang kini memulakan hidup baru sebagai seorang isteri.

Menurut pelantun lagu Lebih Indah Berpisah itu, setiap rumah tangga pasti akan melalui pelbagai ujian, namun kesabaran merupakan kunci utama untuk mengekalkan kebahagiaan.

“Perjalanan ini tak akan sentiasa mudah. Tapi percayalah, kita mencari pasangan bukan untuk jadi sempurna.

“Insya-Allah kita mahukan pasangan yang boleh sama-sama membimbing kita sampai hari tua.

“Jadilah isteri yang sentiasa bersabar. Jangan marah-marah, sentiasa sayang suami. Sama-samalah ketika susah, senang dan sakit. Jadilah isteri yang baik,” pesannya.

Terdahulu, Didi dan Diniey selamat diijabkabulkan dalam satu majlis yang penuh meriah bertempat di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya pada Jumaat.

Pada majlis tersebut, Didi yang dinikahkan bapanya, Awang Astillah telah menerima mas kahwin sebanyak RM300, sebentuk cincin pada sesi pembatalan air sembahyang serta lima hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Lifestyle Run 84 Shoes Men Beige JI4869

adidas Lifestyle Run 84 Shoes Men Beige JI4869

[MEOW] Sandal Lelaki Tapak Selesa Selipar Lelaki Viral Kasual Black Adjustable Bertali Men Sandals

[MEOW] Sandal Lelaki Tapak Selesa Selipar Lelaki Viral Kasual Black Adjustable Bertali Men Sandals

KGT Bamboo Slack P2 Ladies STRAIGHT CUT Baggy Cutting Long Pants 1966 Seluar Panjang Wanita

KGT Bamboo Slack P2 Ladies STRAIGHT CUT Baggy Cutting Long Pants 1966 Seluar Panjang Wanita

《Mega Deal》Plus Size Jersey Microfiber Round Neck Long sleeve Jersi T-Shirt Unisex

《Mega Deal》Plus Size Jersey Microfiber Round Neck Long sleeve Jersi T-Shirt Unisex

JOGER TRACKPANTS LONG PANTS, NEWEST DESIGN AND FREE SHIPPING, DAILY SPORT JOGER PANTS

JOGER TRACKPANTS LONG PANTS, NEWEST DESIGN AND FREE SHIPPING, DAILY SPORT JOGER PANTS

Girdle Slimming Pant Seluar Kurus Kempis Perut Tidak Bergulung Empat Tulang

Girdle Slimming Pant Seluar Kurus Kempis Perut Tidak Bergulung Empat Tulang

Must Watch Video

Advertisement