Skip to main content

Hiburan

Pasang Niat Nak Kahwin Lagi 5 Tahun, Netizen ‘Usik’ Aisha Retno Dakwa Mungkin Lebih Awal

Astrogempak AISHA

Sekilas

  • Penyanyi Aisha Retno berkongsi hasrat untuk berkahwin pada usia 30 tahun menerusi hantaran di Threads.
  • Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi peminat yang mendoakan agar urusan jodohnya dipermudahkan.
  • Ramai juga peminat berseloroh tidak terkejut jika Aisha berkahwin lebih awal daripada sasaran yang ditetapkan.

Penyanyi dan komposer, Aisha Retno menyorot perhatian netizen apabila bercakap soal jodoh di media sosialnya.

Menerusi hantaran di Threads, Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam dia meletakkan sasaran untuk menamatkan zaman bujang pada usia 30 tahun.

“Ok lah aim kahwin umur 30 lah.. lagi 5 tahun.. lah why notter berangan manjahhhh,” tulisnya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada peminat yang rata-rata mendoakan agar urusan jodohnya dipermudahkan.

Malah ada juga peminat yang berseloroh mengatakan mereka tidak akan terkejut sekiranya Aisha mendirikan rumah tangga lebih awal daripada sasaran yang ditetapkan.

“Ok nice age. I also kahwin 30. Tapi kalau jodoh sampai awal, jalan ja.

“Benda baik jangan tangguh cah. Doa baik-baik, kalau jodoh tak ke mana.

“Cah kalau jodoh dah ada depan mata tak yah tunggu laa, onzz laluh, tahun depan yer cah,” usik seorang peminat.

“Kalau jodoh sampai sebelum 30 camne? Kot tahun depan ke? Haaaaaa,” tulis netizen lain.

“Asyik sebut pasal kahwin je… macam tak sampai lima tahun ni… entah-entah tahun depan. Hoho,” komen netizen.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Must Watch Video

Advertisement