Sekilas
- Abby Abadi memuat naik hantaran berbaur kiasan di media sosial yang dipercayai mempunyai maksud tersirat mengenai kesukaran dan cabaran yang dihadapi.
- Hantaran tersebut mencuri perhatian warganet yang berteka-teki tentang siapa yang dimaksudkan, dengan ada yang mengaitkannya dengan bekas menantunya, Ahmad Aslam.
- Abby sebelum ini meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Syariah mengesahkan perceraian anaknya, Marissa Dania Hakim, dengan Ahmad Aslam dan menetapkan mereka perlu akad nikah semula jika ingin rujuk.
Hantaran pelakon dan penyanyi, Abby Abadi yang memuat naik satu hantaran berbaur kiasan di media sosial telah menyorot perhatian ramai di media sosial.
Menerusi perkongsian itu, Abby memuat naik kata-kata berbentuk kiasan yang dipercayai mempunyai maksud tersirat.
“Nanti jika aku sudah berhasil, akan ku ceritakan macam mana susahnya seekor burung terbang dengan satu sayap.
“Tetapi ini bukan tentang burung.” tulisnya.
Walau bagaimanapun, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan ini tidak mendedahkan secara terperinci sama ada luahan itu ditujukan kepada mana-mana pihak.
Hantaran tersebut kemudiannya meraih perhatian warganet yang rata-ratanya berteka-teki kepada siapakah hantaran itu ditujukan.
Malah, ada yang mengaitkan hantaran itu dengan perkongsian dimuat naik bekas menantunya, Ahmad Aslam yang sebelum ini turut menggunakan perumpamaan mengenai seekor burung.
Terdahulu, Abby meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Syariah mengesahkan anaknya, Marissa Dania Hakim dan Ahmad Aslam telah bercerai.
Mahkamah turut memutuskan pasangan itu perlu menjalani akad nikah baharu sekiranya ingin kembali sebagai suami isteri.
Sebelum ini, Aslam didakwa pernah melafazkan cerai terhadap Marissa sebanyak dua kali sebelum pasangan itu dilaporkan kembali rujuk.
Sumber: Instagram