Skip to main content

Hiburan

Ikmal Amry Dan Isteri Terima Cahaya Mata Ketiga

Astrogempak Ikmal

Sekilas

  • Pelakon Ikmal Amry dan isteri, Najla Shamsul, selamat menimang cahaya mata ketiga baru-baru ini.
  • Berita gembira itu dikongsikan Ikmal menerusi hantaran di Instagram yang menerima ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat.
  • Ikmal dan Najla mendirikan rumah tangga pada Disember 2020 dan kini mempunyai dua anak sebelum kelahiran bayi ketiga mereka.

Pelakon, Ikmal Amry berkongsi berita gembira apabila memaklumkan dia dan isteri, Najla Shamsul, selamat menimang cahaya mata ketiga.

Berita itu dikongsikan sendiri oleh Ikmal menerusi satu hantaran di Instagram pada Jumaat.

“Officially a father of three. Alhamdulillah for this blessing. Salam Jumaat,” tulisnya ringkas.

Perkongsian tersebut pantas dihujani ucapan tahniah daripada rakan-rakan selebriti dan peminat yang turut mendoakan agar bayi serta seluruh keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dipermudahkan segala urusan.

“Congrats my brother and cikla semoga smuanya sihat. 

“Alhamdulillah congratulations korang 😍🤲🏻

“Alhamdulillah congratulations brother

“Congrats Am & Cikla 😭🫶🏼

“MashaAllah Alhamdulillah tahniahhhh Ikmal & Najla! ✨💯❤️‍🔥,” komen rakan-rakan artis.

Untuk rekod, Ikmal mendirikan rumah tangga dengan Najla pada 19 Disember 2020.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Cailie, 5, dan Gibran yang kini berusia tiga tahun.

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement