Skip to main content

Hiburan

“Kepada Yang Dengki, Jangan Jealous Sangat… Apa Yang Saya Dapat Hari Ini Semuanya Comes With A Price” - Azeva

Azeva

Sekilas

  • Azeva Natassha berkongsi kisah hidupnya yang penuh dengan cabaran dan trauma sejak kecil, termasuk pengalaman didera dan keluarga yang tidak stabil.
  • Dia pernah dipandang rendah dan dituduh menggunakan nama ibu bapa untuk populariti, namun kesabaran dan usaha akhirnya membuahkan hasil yang positif.
  • Azeva memberi kata-kata semangat kepada golongan muda yang menghadapi trauma atau dibuli agar terus bersabar dan berharap kepada Tuhan tanpa terlalu bergantung pada orang lain.

Penyanyi, Azeva Natassha menyorot perhatian apabila berkongsi mengenai kisah hidupnya yang disifatkan penuh dengan cabaran dan trauma.

Menerusi sesi siaran langsung yang dibuat, anak kepada penyanyi Ameng Spring serta penerbit terkenal Datuk A. Aida ini mengakui dia tidak membesar dalam suasana keluarga yang stabil.

“Azeva sekarang jadi macam ni, sebab kat experience dulu. Saya lahir-lahir je dah kena abuse dah, bukan dapat kasih sayang tapi dapat trauma.

“Sampailah saya umur Tingkatan Empat, baru saya ada kawan yang okey sikit. Kemudian, waktu itu pula keluarga pun dah makin stabil sikit.

“Family saya sebenarnya kucar-kacir dari dulu. Tak pernah stabil,” katanya.

Bercerita lanjut, pemenang tempat keempat program Talk To My Manager 2 (TTMM2) ini turut memaklumkan bahawa dia juga pernah dipandang rendah serta dituduh menggunakan nama ibu dan bapanya untuk dikenali ramai.

Walau bagaimanapun, dia percaya bahawa segala kesabaran yang dilakukan selama ini akhirnya membuahkan hasil dan telah membuatkan dirinya menjadi seorang yang lebih kuat pada hari ini.

“Dulu orang ramai pandang rendah kat Azeva juga. Ada yang cakap Azeva guna nama mama dan nama papa je.

“Tapi Alhamdulillah Tuhan balas balik kesabaran Azeva. Dia dah bagi apa yang Azeva harapkanlah,” katanya lagi.

Sehubungan dengan itu, Azeva berharap agar tiada pihak yang berasa iri hati dengan kehidupannya kerana apa yang dimiliki hari ini hadir bersama ujian yang tidak diketahui ramai.

“Saya harap kepada semua yang dengki kepada saya, tak payahlah nak dengki sangat, jangan nak jealous dengan hidup saya. Hidup kau orang yang tenang tu much better sebenarnya.

“Saya ni, semua ni comes with a price. Walaupun Tuhan bagi saya mak saya, tapi Dia tak bagi saya kawan yang baik, Dia tak bagi saya seorang ayah, Dia tak bagi saya kehidupan yang tenang.

“Ada je benda yang menghalang saya untuk bahagia. You can’t have all at once. Itulah,” ujarnya.

Di akhir perkongsian, Azeva sempat menitipkan kata-kata semangat kepada mereka yang sedang berdepan ujian hidup, terutama golongan muda yang berdepan dengan trauma atau pengalaman dibuli.

“Siapa yang dekat sekolah pun tengah lalui benda sama, stay strong okey. Dia punya ubat hanyalah kesabaran. Sabar dan berharap kepada Tuhan.

“Jangan berharap kat orang. Kalau awak nak cerita masalah awak, jangan cerita kat orang. Kadang-kadang dia orang boleh putarkan balik cerita, cerita kat orang lain benda lain.

“Saya dah rasa segala trauma dah. Segala trauma saya pernah,” katanya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Must Watch Video

Advertisement