Skip to main content

Hiburan

Didi Astillah & Diniey Ng Selamat Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

ASTROGEMPAK Didi (1)

Sekilas

  • Didi Astillah, adik kepada Bella Astillah, sah bergelar isteri kepada Diniey Ng dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya.
  • Majlis penuh meriah itu menyaksikan Didi menerima mas kahwin RM300, cincin, serta lima hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki.
  • Turut hadir pada majlis tersebut adalah keluarga, rakan rapat, serta selebriti seperti Syed Saddiq dan Wani Kayrie, manakala Didi dan Diniey bertunang pada Januari lalu.

Penyanyi yang juga adik kepada Bella Astillah, Didi Astillah selamat diijabkabulkan bersama pasangannya, Diniey Ng dengan sekali lafaz.

Didi atau nama lengkapnya Dayang Nazilah Awang Astillah sah menjadi isteri kepada Diniey selepas dinikahkan oleh bapanya, Awang Astillah sekitar jam 10.05 pagi.

Dalam majlis penuh meriah yang diadakan di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya itu, Didi menerima mas kahwin sebanyak RM300, sebentuk cincin pada sesi pembatalan air sembahyang serta lima hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki.

Didi yang duduk di pelaminan dilihat tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata usai lafaz nikah dilafazkan Diniey atau nama lengkapnya Muhammad Nur Fiqrat Ismat Diniey.

Majlis pernikahan yang berlangsung dalam suasana penuh sayu itu turut dihadiri keluarga serta rakan rapat kepada pasangan.

Turut kelihatan hadir pada majlis tersebut termasuklah Ahli Parlimen Muar yang menjadi pembawa dulang, Syed Saddiq serta beberapa rakan artis seperti Wani Kayrie dan ramai lagi.

Untuk rekod, Didi dan Diniey mengikat tali pertunangan dalam satu majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel mewah pada 10 Januari lalu.

Anda mungkin berminat dengan

DEEM Casual Pants Slack Pants For Women Straight Cut Pants Vogue Pants Trousers Belt

DEEM Casual Pants Slack Pants For Women Straight Cut Pants Vogue Pants Trousers Belt

NO.307 BUTTON CO COTTON PURE COLOUR SIMPLE UNDERWEAR BREATHABLE PANTIES SPENDER WOMAN SELUAR DALAM WANITA GIRL 女生内裤

NO.307 BUTTON CO COTTON PURE COLOUR SIMPLE UNDERWEAR BREATHABLE PANTIES SPENDER WOMAN SELUAR DALAM WANITA GIRL 女生内裤

GILDAN PRIME x HYDT WAREHOUSE Symbolic Cotton 230gsm T-Shirt Unisex Adult Regular Fit Combed Tshirt Baju Tebal HW230

GILDAN PRIME x HYDT WAREHOUSE Symbolic Cotton 230gsm T-Shirt Unisex Adult Regular Fit Combed Tshirt Baju Tebal HW230

ZANZEA Women Casual Wide Legs Elastic Belted Solid Color Long Pants

ZANZEA Women Casual Wide Legs Elastic Belted Solid Color Long Pants

30Pcs Disposable Panties Women Pure Cotton Sterile Travel Pregnant Women Underwear Seluar Dalam Pakai Buang Wanita 一次性內褲

30Pcs Disposable Panties Women Pure Cotton Sterile Travel Pregnant Women Underwear Seluar Dalam Pakai Buang Wanita 一次性內褲

Ready StockBlack seluar black long perempuan Ladies Straight Cut Pant women pants casual seluar slack wanita

Ready StockBlack seluar black long perempuan Ladies Straight Cut Pant women pants casual seluar slack wanita

Must Watch Video

Advertisement