Skip to main content

Konsert

Hadir Ke Konsert For You Nourul Bersama Vida, Nourul Depp Siap Usik - “Datuk Fazley Pun Ada ‘Long Story With Me’”

Fazley Vida konsert

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob dan Datuk Seri Vida menarik perhatian penonton ketika hadir ke Konsert For You Nourul di Zepp Kuala Lumpur.
  • Nourul sempat mengucapkan terima kasih dan bergurau dengan kedua-dua selebriti tersebut di atas pentas.
  • Konsert tersebut turut dihadiri oleh selebriti lain seperti Ziana Zain, Fauziah Latiff, Salamiah Hassan, dan Ning Baizura.

Kehadiran penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob bersama usahawan sensasi, Datuk Seri Vida ke Konsert For You Nourul yang berlangsung pada menjadi perhatian ramai.

Pada mulanya, rata-rata penonton tidak perasan dengan kehadiran mereka namun Nourul kemudiaannya mencari kelibat sahabanya iaitu Fazley untuk mengucapkan terima kasih kerana hadir ke konsertnya.

Bagaimanapun, sorakan penonton semakin kuat apabila lampu pentas disuluh pada tempat duduk bahagian atas dan akhirnya menampakkan kedua figura popular itu sedang melambaikan tangan kepada Nourul.

Sama seperti penonton lain, Nourul juga tidak melepaskan peluang mengusik Fazley dan Vida yang kelihatan tersipu malu sambil tersenyum.

“Datuk Fazley saya sangka saya nampak awak, terima kasih kerana hadir. Anda tahu tak, Datuk Fazley Yaakob pun ada panjang cerita yang harus dikongsikan kepada saya (merujuk kepada kehadirannya bersama Vida).

“Kepada Datuk Seri Vida, terima kasih juga kerana sudi hadir ke konsert saya,” ujarnya.

Selain Fazley, Konsert For You Nourul juga turut dihadiri oleh rakan selebriti seperti Ziana Zain, Fauziah Latiff, Salamiah Hassan, Ning Baizura dan ramai lagi.

Konsert For You Nourul berlangsung dengan jayanya di Zepp Kuala Lumpur pada Sabtu.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Must Watch Video

Advertisement