Skip to main content

Hollywood

Dua Lipa, Callum Turner Bakal Kahwin Awal Jun, Buat Majlis 3 Hari Di Itali

Astro Gempak dualipa (2)

Sekilas

  • Dua Lipa dan Callum Turner dijangka berkahwin di Itali pada hujung minggu depan atau awal Jun selepas bertunang tahun ini.
  • Majlis perkahwinan mewah selama tiga hari akan diadakan di sebuah hotel di Palermo, Sicily, dengan jemputan kepada selebriti terkenal seperti Elton John, Rosé, dan Jennie BLACKPINK.
  • Pasangan ini memilih untuk menjalani hubungan secara sederhana dan hanya mendedahkan pertunangan mereka selepas lamaran romantik semasa Krismas lalu.

Penyanyi Dua Lipa dilaporkan akan berkahwin dengan Callum Turner pada hujung minggu depan atau awal Jun selepas bertunang pada tahun 2024.

Pasangan selebriti tersebut didakwa akan melangsungkan perkahwinan di Itali dengan majlis mewah di sebuah hotel selama tiga hari. Keputusan tersebut diambil selepas penyanyi dan aktor itu bercuti di Itali, akhir tahun lalu, lapor DailyMail.

Dua Lipa, 30, dan Callum, 36, juga dikatakan telah melayangkan jemputan kepada tetamu dan mengatur perjalanan mereka pada majlis bersejarah yang didakwa akan berlaku di Palermo, Sicily.

Antara tetamu yang dipercayai telah menerima jemputan termasuklah Sir Elton John, Mark Ronson, Charli xcx, Rosé dan Jennie BLACKPINK, Donatella Versace serta Simon Porte Jacquemus. 

Pelantun Levatating dan One Kiss itu sebelum ini mendedahkan dilamar Turner dalam suasana romantik sewaktu sambutan Krismas. Namun mereka memilih untuk menjalani percintaan dengan sederhana.

“Saya sangat gembira dan selesa untuk tidak bercakap tentangnya (hubungan cinta). Sebagai seorang yang terkenal, semua hal yang bersifat peribadi akan menjadi ‘huru hara’ jika dikongsi berlebihan jadi saya memilih untuk tidak berkongsi,” katanya tidak lama dulu.

Sebelum ini, pasangan itu didakwa akan berkahwin pada sekitar bulan September namun laporan terkini melaporkan Dua Lipa dan Turner bakal menjadi suami isteri pada awal Jun ini.

Anda mungkin berminat dengan

Plus Size 40-100kg Wide leg plaid long pants women casual pants new Korean style Seluar Panjang Perempuan

Plus Size 40-100kg Wide leg plaid long pants women casual pants new Korean style Seluar Panjang Perempuan

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

LIGHTNING ASE CASUAL SNEAKERS FOR MEN AND WOMEN

LIGHTNING ASE CASUAL SNEAKERS FOR MEN AND WOMEN

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

READY STOCK NOVENCCI Unisex Men's Outdoor Sneakers Sport Shoes Kasut Sukan Man Shoes

READY STOCK NOVENCCI Unisex Men's Outdoor Sneakers Sport Shoes Kasut Sukan Man Shoes

ELGINI E16152 Seluar Bootcut Wanita S-XXL | Women’s Bootcut Pants

ELGINI E16152 Seluar Bootcut Wanita S-XXL | Women’s Bootcut Pants

Must Watch Video

Advertisement