Skip to main content

Antarabangsa

Percutian Jadi Tragedi, Empat Sekeluarga Ditemui Maut Dalam Khemah

Astro Gempak khemah mati

Sekilas

  • Empat sekeluarga ditemui meninggal dunia di Taman Wisata Alam Posong, Jawa Tengah selepas gagal melapor keluar pada waktu yang ditetapkan.
  • Mereka dipercayai maut akibat keracunan makanan atau gas karbon monoksida dari aktiviti BBQ di hadapan khemah yang ditutup rapat.
  • Siasatan lanjut sedang dijalankan dan keputusan forensik dijangka diketahui pada 1 Jun ini.

Kegembiraan empat sekeluarga melakukan aktiviti berkhemah bertukar duka apabila ditemui meninggal dunia oleh petugas di Taman Wisata Alam Posong, Kecamatan Kledung, Kabupaten Temanggung, Jawa Tengah, Indonesia.

Keempat-empat mangsa yang terdiri daripada Ali Munawar (52), Magfiroh Alvira (43) serta dua anak mereka, Bagas Amar Hakiki (21) dan Alfino Evan Hakiki (16), ditemui sudah tidak benyawa oleh petugas di taman reakrasi tersebut selepas gagal melapor keluar pada waktu yang ditetapkan.

Menurut kronologi kes, empat sekeluarga itu datang ke taman tersebut menaiki kenderaan peribadi dan melakukan aktiviti berkhemah secara glamping. Pada malam sebelum ditemui sudah kaku di dalam khemah, mereka dilihat membuat BBQ dengan menggunakan peralatan sendiri termasuk menggunakan tunku tanah liat dan dapur gas mudah alih, lapor Kompas.

Mereka dilihat melakukan aktitivi tersebut di hadapan khemah sebelum masuk ke dalam kerana cuaca sejuk. Keluarga itu bagaimanapun tidak kelihatan sehingga pagi. Petugas taman cuba memanggil mereka sekitar pukul 11.45 pagi waktu tempatan kerana kesemua pengunjung harus melapor keluar pada pukul 12 tengahari, namun tiada respons.

Petugas kembali mencari keluarga itu sekitar pukul 3.15 petang dan curiga kerana masih tiada respons sebelum membuka khemah dan menemui jasad empat beranak itu telah terbujur kaku.

Kesemua mangsa ditemui terbaring kaku di atas tilam tanpa sebarang kecederaan luar.

Meski laporan forensik hanya akan diketahui pada 1 Jun depan, pihak berkuasa percaya kematian mereka berpunca daripada  keracunan makanan atau keracunan gas karbon monoksida (CO) akibat proses pembakaran di hadapan khemah berdasarkan bahan bukti yang ditemui.

“Mereka melakukan aktiviti membakar atau BBQ di hadapan khemah. Kerana cuaca sejuk mereka masuk dan menutup khemah yang mungkin kedap air atau udara sehingga selepas aktiviti memasak dilakukan, mungkin asap ikut terkumpul dalam khemah tersebut.

“Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan dan semua bukti yang dihantar untuk diperiksa akan diperoleh pada 1 Jun ini,” ujar wakil pihak berkuasa tempatan kepada media.

Sementara itu, kesemua mangsa yang disifatkan sebagai keluarga yang baik oleh jiran sekampung, selamat dikebumikan.

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Must Watch Video

Advertisement