Skip to main content

Hiburan

Azmirul Hafiz Mengaku ‘Curang’ Demi Dapatkan Perhatian Isteri - “Memang Saya Saja Buat Depan Public”

Azmirul Hafiz

Penyanyi, Azmirul Hafiz tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan dirinya didakwa berlaku curang.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Azmirul berkata tindakannya itu adalah untuk mendapatkan perhatian daripada isterinya.

“Memang saya saja buat depan public. Cuma nak perhatian dari seorang isteri, saya empat hari tak balik sikit khabar dari dia pun tak ada.

“Tak tanya langsung suami dia ni, saya plan semua ni sebab saya rasa wife memang tak ada hati pada saya. Bila saya tanya, masih sayang atau tidak… saya cuba nak melupakan dia tapi tak boleh. Sumpah saya cakap memang tak boleh,” tulisnya.

Dalam pada itu, Azmirul turut menegaskan bahawa perasaannya terhadap keluarga masih utuh dan berharap rumah tangga mereka dapat diselamatkan.

“Saya masih sayangkan, cintakan keluarga saya ini. Selamatlah rumah tangga kami,” ujarnya lagi.

Tambahnya, situasi yang berlaku turut memberi kesan kepada kehidupan seharian termasuk persiapan menjelang musim perayaan.

“Saya nak beli kasut, kasut dah tak ada semua koyak-koyak, baju pun tak sampai memang tak ada persiapan raya langsung. Alhamdulillah barang anak dan isteri saya dah selesaikan hari tu. Tak tahu boleh jadi macam ni.

“Tolong semua, selamatkan rumah tangga kami, saya tak sanggup hadap seorang diri,” katanya.

Terdahulu, Seorang wanita menyorot perhatian warganet selepas berkongsi sebuah video yang memaparkan suaminya yang didakwa berlaku curang.

Menerusi perkongsian di Instagram, wanita tersebut dipercayai bertindak ‘menyerang’ suaminya yang ketika itu bersama seorang wanita lain di sebuah kedai kasut.

Difahamkan, lelaki berkenaan juga merupakan bekas peserta sebuah rancangan realiti bagi sebuah program nyanyian.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

Must-Watch Video

Advertisement