Skip to main content

Selebriti

Ujian Datang Bertubi-Tubi, Jal Arya Kongsi Kisah Pembikinan Lagu ‘Ku Yang Berjuang’ - “Doktor Beritahu Saya Tiada Harapan Untuk Hidup…”

ASTROGEMPAK JalAryan

Sekilas

  • Lagu ‘Ku Yang Berjuang’ nyanyian Danial Kifli menjadi tular dan trending di media sosial hanya dalam dua hari selepas pelancaran.
  • Komposer Jal Arya berkongsi kisah sebenar di sebalik lagu itu yang diinspirasikan daripada pengalaman koma akibat kemalangan dan kehilangan bekas kekasihnya.
  • Lagu ini menggambarkan perjuangan hidup dan emosi mendalam, serta kini boleh distrim di semua platform digital dan muzik video rasmi di YouTube.

Hanya dalam tempoh dua hari selepas dilancarkan, lagu ‘Ku Yang Berjuang’ nyanyian penyanyi Danial Kifli terus mencuri perhatian apabila berjaya menembusi carta trending serta menjadi tular di pelbagai platform media sosial.


 

Namun di sebalik kejayaan karya tersebut, tersimpan kisah sebenar yang cukup berat dan emosional daripada komposer lagu itu sendiri, Jal Arya yang menjadikan pengalaman hidupnya sebagai sumber inspirasi utama penulisan lagu berkenaan.


 

Jal Arya berkongsi detik paling gelap dalam hidupnya apabila terlibat dalam kemalangan tragis sehingga menyebabkan dia koma dan berada dalam keadaan kritikal malah turut ditinggalkan bekas kekasih. 


 

“Saya koma disebabkan kemalangan. Doktor beritahu yang saya tiada harapan untuk hidup. Namun, alhamdulillah, kuasa Allah saya masih hidup sehingga sekarang.


 

“Apabila saya sudah sedar dari koma, saya cari dia, tapi dia sudah tiada. Dia block semua sosial media dan nombor telefon, dia hilang… Dia pergi waktu saya nazak,” kongsinya. 


 

Lirik tersebut menggambarkan betapa beratnya ujian yang terpaksa ditanggung apabila bukan sahaja berjuang antara hidup dan mati, malah kehilangan insan yang paling dipercayai.


 

Menurut Jal Arya lagi, pengalaman tersebut meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja dari sudut fizikal, tetapi juga emosi dan mental apabila dia perlu menerima hakikat kehilangan tanpa sebarang penjelasan ketika sedang berjuang untuk sembuh.


 

Daripada episod penuh luka itulah lahirnya ‘Ku Yang Berjuang’, sebuah karya yang jujur, menggambarkan realiti tentang jatuh, kehilangan dan usaha untuk bangkit semula walaupun dalam keadaan paling sukar.


 

Lagu ini turut diperkukuhkan dengan penyampaian vokal penuh emosi oleh Danial Kifli yang berjaya menghidupkan setiap bait lirik dengan kejujuran, menjadikan ‘Ku Yang Berjuang’ lebih dekat di hati pendengar.


 

Sejak dilancarkan, ‘Ku Yang Berjuang’ menerima sambutan luar biasa di media sosial khususnya di TikTok apabila ramai pendengar mula mengaitkan lagu tersebut dengan perjalanan hidup masing-masing.


 

Momentum itu sekali gus melonjakkan lagu berkenaan ke tangga #3 trending hanya dalam tempoh dua hari selepas pelancaran.


 

‘Ku Yang Berjuang’ kini boleh distrim di semua platform digital, manakala muzik video rasmi boleh ditonton di YouTube.

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Must Watch Video

Advertisement