Sekilas
- Filem aksi Tarung: Unforgiven habis dijual dalam masa lima jam semasa tayangan awal di Golden Screen Cinemas (GSC).
- Pelakon dan penerbit eksekutif Aedy Ashraf berkongsi berita kejayaan itu di platform Threads.
- Filem arahan Razaisyam Rashid ini akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 7 Mei 2026 dengan barisan pelakon hebat.
Filem aksi Tarung: Unforgiven mencipta fenomena apabila tayangan awal yang dibuka menerusi Golden Screen Cinemas (GSC) semalam, habis dijual dalam tempoh hanya lima jam.
Perkhabaran itu dikongsikan sendiri oleh pelakon merangkap penerbit eksekutif filem berkenaan, Aedy Ashraf menerusi platform Threads.
“Korang memang gilaaa! Terima kasih semua! Sold out in 5 hours! Let’s go Tarung: Unforgiven!” katanya.

Tarung: Unforgiven dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei 2026.
Selain Aedy Ashraf, filem arahan Razaisyam Rashid itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Mierul Aiman, Zul Ariffin, Bront Palarae, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Ubai Amir, Sky Iskandar, Ikmal Amry, Aeril Zafrel, Theebaan G, Shaharuddin Thamby, Razib Salimin, Jai JMT serta Ijam Asri.