Skip to main content

Berita

Polis Sahkan Terima Laporan Anak Pelakon Ako Mustapha Dakwa Dibuli Di Sekolah

Astrogempak Ako Mustafa (1)

Sekilas

  • Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan buli terhadap anak pelakon Ako Mustapha di sebuah sekolah di Wangsa Maju.
  • Setakat ini, tiada kertas siasatan dibuka dan kes masih dalam penelitian pihak polis.
  • Ako Mustapha memaklumkan anaknya, Mika, berusia 10 tahun, mengalami kecederaan selepas didakwa dipukul oleh lima pelajar lain di sekolah.

Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes anak kepada pelakon Ako Mustapha yang mendakwa menjadi mangsa buli di sebuah sekolah di Wangsa Maju, ibu negara. 

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, setakat ini tiada kertas siasatan dibuka dan kes masih dalam penelitian pihak polis. 

"Kita ada terima laporan. (Bagaimanapun) setakat ini tiada sebarang kertas siasatan dibuka," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu. 

Ako Mustapha atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha mendakwa anaknya, Mika, menjadi mangsa buli dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada Selasa. 

Menerusi hantaran dimuat naik di platform media sosial, Threads, Ako memaklumkan insiden itu dipercayai membabitkan lima murid, terdiri daripada dua pelajar senior dan tiga rakan sekelas anaknya. 

Menurutnya, kejadian hanya disedari selepas anaknya yang berusia 10 tahun itu pulang dari sekolah dan selesai mandi sebelum menunjukkan kesan lebam pada tubuh. 

Anaknya mendakwa dipukul dengan kesan kecederaan termasuk kesan tapak kasut dan tumbukan pada beberapa bahagian badan. 

Ako berkata, semua gambar dan video kecederaan telah dihantar kepada guru kelas, selain anaknya dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur selepas menjalani pemeriksaan di klinik kerajaan.

Sumber: Astro AWANI 

Anda mungkin berminat dengan

Ceramic Plate

Ceramic Plate

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Must-Watch Video

Advertisement