Skip to main content

Tak Dapat Balik Awal, Daniel Sher Tetap 'Curi' Masa Sambut CNY Di Kampung Halaman

DANIEL SHER

Membesar dengan ramai rakan berbangsa Cina, penyanyi Daniel Sher berasa teruja untuk menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.

Namun, tahun ini sedikit berbeza apabila Daniel tidak dapat terus pulang ke kampung halaman kerana komitmen kerja di Kuala Lumpur.

“Ramai sebenarnya ingat saya anak Cina, tapi sebenarnya bukan. Saya cuma membesar dengan kawan-kawan berbangsa Cina jadi saya dah terbiasa dan ramai yang ingat saya orang Cina. 

“Saya tetap sambut perayaan ini bersama dengan kawan-kawan saya, cuma tahun ini saya tak sempat nak pulang ke kampung sebab komitmen kerja. Jadi perlu selesaikan kerja di sini dulu dan baru pulang ke Kluang untuk meraikan CNY bersama kawan-kawan,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Tambah Daniel, sambutan kali ini lebih bermakna kerana hari lahir ibunya turut jatuh pada hari yang sama dengan Tahun Baru Cina.

“Lebih istimewa, tahun ni birthday ibu saya jatuh pada CNY jadi ia jadi lebih istimewa untuk saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Daniel mengakui perayaan kali ini sedikit emosi kerana pertama kali dia menyambut Tahun Baru Cina bersama rakan-rakannya yang sentiasa menjadi tulang belakang sepanjang dia berada di dalam industri. 

“Ramai kawan Daniel, dia orang tahu yang Daniel dah lama berusaha dalam industri muzik di Malaysia. And they are very happy for me. Kebanyakan mereka terharu, dia orang kata, ‘Daniel, nasib baik you tidak give up.

“You know, it’s hard. Kadang-kadang ada juga kawan yang kata, ‘Eh, tak apalah you buat benda lainlah kan?’ Tapi kawan-kawan rapat saya tidak pernah begitu. They always support me. They say, ‘No matter what, we are always at your back.

“Sampai hari ini, sebab tu kawan sangat penting. Ramai kawan Cina saya yang support saya tu, banyak close friend saya kat sana. They mean so much to me,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

Must-Watch Video

Advertisement