Skip to main content

Selebriti

Amsyar Lee Kongsi Realiti Graduan Teater, Akui Sukar Dapat Peluang Kerja Dalam Bidang Dipelajari - “Tiada Orang Panggil…”

Bakar isteri

Sekilas

  • Amsyar Lee berkongsi pengalaman tidak bekerja dalam bidang teater walaupun memiliki ijazah dalam jurusan tersebut.
  • Dia mengakui jurusan teater tidak menjamin masa depan yang cerah berdasarkan pengalamannya sendiri.
  • Perkongsian Amsyar mendapat pelbagai reaksi netizen, ada yang setuju dan ada yang melihat dia masih aktif dalam industri seni tetapi bidang berbeza.

Penyanyi Amsyar Lee tampil berkongsi realiti yang dihadapinya sebagai graduan teater apabila mengakui dirinya tidak bekerja dalam bidang yang dipelajari meskipun memiliki kelulusan dalam jurusan tersebut.

Menerusi perkongsian di Threads, Amsyar berkata dia tidak berpeluang untuk terlibat dalam mana-mana pementasan teater walaupun telah menamatkan pengajian dari peringkat diploma sehingga ijazah.

“Dah ada degree teater pun masih tidak kerja yang melibatkan teater. Tiada orang panggil untuk teater padahal penat belajar dari diploma hingga degree,”tulisnya.

Dalam masa sama, pelantun lagu Rasa Sayang-Sayang itu turut bersetuju dengan dakwaan bahawa jurusan tersebut tidak menjamin masa hadapan yang cerah khususnya buat dirinya.

“Betul la orang kata teater tiada masa depan yang cerah (masa depan saya sahajalah rasanya yang kurang cerah dengan bidang yang saya ambil),”ujarnya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang bersetuju dengan pandangan Amsyar dan mengakui turut berdepan kesukaran mencari peluang pekerjaan dalam bidang yang dipelajari, manakala ada juga yang berpendapat dia masih berada dalam industri seni, namun dalam bidang yang berbeza.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

Must Watch Video

Advertisement