Skip to main content

Selebriti

"Saya Tak Izinkan Fiona Menyanyi, Biar Saya Seorang Sahaja..." - Hafiz Suip

WhatsApp Image 2026 03 10 at 1.04.23 PM

Sekilas

  • Hafiz Suip tidak membenarkan isterinya, Fiona, kembali aktif menyanyi kecuali mereka terlibat dalam projek bersama.
  • Fiona akur dengan keputusan suaminya dan memilih untuk berehat dari bidang nyanyian buat masa ini.
  • Hafiz dan Fiona berkahwin pada 13 Februari lalu dalam majlis tertutup di Kuching, Sarawak.


Penyanyi, Hafiz Suip berkongsi bahawa dia tidak mengizinkan isterinya, Fiona untuk kembali aktif menyanyi kecuali sekiranya mereka terlibat dalam projek bersama.

Hafiz atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip berkata, dia mahu isterinya memberi tumpuan sepenuhnya kepada rumah tangga mereka buat masa ini.

"Isteri saya, Fiona memang seorang penyanyi dahulu dan kami berkenalan pun ketika saya mencari penyanyi pengganti Adira untuk Konsert Hafiz Suip-Perjalananku di Kuching pada Oktober 2024.

"Tetapi sekarang apabila sudah bergelar suami isteri, dia tidak menyanyi dah. Saya tak izinkan. Tak bolehlah, biar saya seorang sahaja yang menyanyi.

"Bagaimanapun kalau ada projek menyanyi atau lagu yang kami perlu bekerjasama, insya-Allah boleh," katanya kepada Gempak.

Dalam masa sama, Fiona turut memaklumkan dia akur dengan keputusan suaminya memandangkan dia juga sudah lama aktif dalam bidang nyanyian dan kini mahu berehat seketika.

"Saya menyanyi pun sebab dulu pernah menyertai salah satu program realiti, My Starz LG musim kedua disiarkan TV3 pada 2008. Sejak itu, saya aktiflah menyanyi di Kuching, Sarawak.

"Cuma, saya tidak buat album sahaja. Sebabnya pun, saya hanya aktif menyanyi dalam acara-acara hiburan dan majlis makan malam atas undangan.

"Tapi sekarang, buat masa ini saya berehat dulu. Suami pun cakap supaya rehat dulu dan dia tidak benarkan. Jadi, saya hormati saja keputusan itu," ujarnya.

Pada 13 Februari lalu, Hafiz kembali sah bergelar suami kepada Fiona dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di sebuah dewan di Petrajaya Kuching.

Sekadar rekod, Hafiz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nureffy Jasreel pada 14 Mei 2016 dan memiliki dua cahaya mata iaitu Muhammad Riyahd Zafri, 9, dan Muhammad Alkaf Zayne, 5 tahun.

Manakala, Fiona turut pernah berkahwin dengan seorang lelaki berketurunan Cina dan dikurniakan tiga orang cahaya mata sebelum berpisah dengan jejaka tersebut lima tahun lepas.

Anda mungkin berminat dengan

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement