Skip to main content

“Saya Jamin Anak Saya Bukan Perampas!” - Anak Dituduh ‘Penyondol’ Rumah Tangga Bekas Menteri, Ibu Davina Karamoy Tampil Pertahankan

fbgf

Sekilas

  • Ibu Davina Karamoy, Esther Novita, menafikan anaknya sebagai punca keretakan rumah tangga bekas Menteri Dito Ariotedjo dan menegaskan Davina bukan perosak rumah tangga.
  • Davina sendiri mengambil sikap tenang dan tidak ambil pusing terhadap fitnah yang dilemparkan, malah menganggapnya sebagai gurauan.
  • Dito Ariotedjo menjelaskan proses perceraian sudah bermula sebelum mengenali Davina dan menafikan wujudnya orang ketiga dalam perpisahannya.

Ibu kepada pelakon Indonesia, Davina Karamoy tampil mempertahankan anaknya selepas nama aktres itu dikaitkan dengan kemelut rumah tangga bekas Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Dito Ariotedjo.

Menerusi laporan di Detik.com, ibu Davina, Esther Novita menegaskan anaknya bukan perosak rumah tangga orang lain seperti yang didakwa segelintir netizen.

“Tidak ada Davina penyondol untuk merampas suami orang. Saya jamin anak saya bukan perosak rumah tangga orang. Seolah-olah tiada lelaki lain pula,” katanya menerusi pesanan ringkas kepada Detik.com.

Menurut Esther, Davina mengambil pendekatan tenang dalam menghadapi tuduhan tersebut meskipun sering menjadi mangsa fitnah.

“Davina santai sahaja. Dia sudah biasa difitnah dan dizalimi. Biarlah, Allah tidak buta. Serahkan semuanya kepada Allah,” ujarnya.

Sebelum itu, Davina atau nama penuhnya Davina Tesalonika Karamoy, turut memberi respons secara terbuka apabila diminta netizen membuat penjelasan berhubung isu berkenaan.

“Apa yang perlu dijelaskan pun saya bingung,” tulisnya di ruangan komen TikTok miliknya.

Pelakon berusia 23 tahun itu turut meluahkan bahawa dia kini berada di fasa menerima dan tidak lagi mengambil pusing terhadap fitnah yang dilemparkan.

“Sejujurnya, saya sudah sampai tahap membebaskan diri dan cuba ikhlas sahaja dengan apa yang mereka mahu cakap atau fitnah. Walaupun kadang-kadang fitnah itu memang di luar logik, jadi saya bawa secara bergurau sahaja,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dito Ariotedjo turut tampil menjelaskan keadaan sebenar dan menafikan Davina sebagai punca keruntuhan rumah tangganya.

Menurut Dito, proses perceraian bersama isterinya telah bermula lebih awal sebelum dia mengenali Davina.

“Saya ingin pastikan Davina bukan penyebab perpisahan saya. Semua proses perceraian sudah berjalan lama sebelum saya mengenali dia. Kami berpisah sejak 31 Mei dan proses gugatan bermula secara rasmi pada 12 Jun,” jelasnya.

Tambah Dito, sidang pertama perceraian berlangsung pada 9 Julai, manakala dia hanya mengenali Davina buat pertama kali pada akhir Julai.

Susulan itu, dia menegaskan bahawa tiada orang ketiga terlibat dan punca sebenar perceraian adalah hal peribadi yang tidak boleh didedahkan kepada umum.

“Saya berharap tiada siapa terus menerima fitnah atas keputusan yang saya ambil secara sedar. Kepada mereka yang masih mencipta cerita, saya maafkan dan berharap hati mereka diberi ketenangan,” katanya.

Must-Watch Video

Advertisement