Skip to main content

Business News

2 Buah Limousin Mercedes-Benz s600 Dan Tangga Bergerak Antara Muatan Kargo Raja Arab Saudi

arabsaudi.jpg
Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz al-Saud cukup terkenal dengan kemewahannya. Baginda kini dalam siri kunjungan diplomatiknya ke rantau Asia dan telah ke Malaysia bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala Malaysia dan Arab Saudi. 

Kali terakhir Raja Arab Saudi melakukan lawatan ke Malaysia ialah pada 2006 iaitu oleh Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud.

Telah menamatkan lawatan tiga harinya ke Malaysia pagi tadi, Raja Salman seterusnya berangkat ke Indonesia bagi melengkapkan lawatan sembilan harinya di Indonesia.
 
Namun apa yang lebih perhatian adalah kargo yang dibawa Raja Salman sepanjang lawatan diplomatiknya ke Asia, baginda membawa hampir 506 tan kargo yang antaranya adalah dua buah limousin Mercedes-Benz s600 dan sepasang tangga bergerak. Sembilan pesawat asing diperlukan khas untuk kargo baginda sahaja.
 
Lawatannya ke Asia juga melibatkan sejumlah 620 orang dan 800 delegasi Arab Saudi yang terdiri daripada para menteri dan 25 putera.
 
Pesawat kargo baginda telah pun mendarat di dua lapangan terbang iaitu di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta Timur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Denpasar, Bali.

Baginda akan berada di Jakarta bagi kunjungan diplomatik bersama Presiden Jokowi dan kemudian berangkat ke Bali untuk berlibur. Lawatan Raja Salman ke Indonesia merupakan yang pertama dalam tempoh 46 tahun.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video