1) Logo halal
Carilah restoran yang mempunyai sijil halal di premis mereka. Paling mudah, sebelum berangkat ke satu-satu destinasi, cubalah kaji negara yang dituju itu ada atau tidak komuniti Islam tinggal disana. Jika ada, sudah tentu akan ada restoran yang menyediakan menu-menu halal. Anda juga mencari perkongsian mereka yang pernah ke negara tersebut.
2) Restoran Timur Tengah
Carilah restoran-rostoran yang menyediakan makanan timur tengah. Kebanyakan restoran tersebut menyediakan masakan yang halal kerana mereka beragama Islam. Jika masih ragu-ragu, anda boleh bertanya sendiri kepada pengurus restoran sebelum memesan sebarang menu.
3) Seafood
Jika masih belum bertemu dengan mana-mana restoran halal sedangkan anda sedang lapar teruk, anda boleh makan makanan yang berunsurkan makanan laut seperti ikan, udang, ketam dan sebagainya. Namun, anda masih perlu berhati-hati agar tiada penggunakan alkohol, wain atau lemak haiwan yang digunakan.
4) Makanan segera
Bawalah beberapa pek makanan ringan dari Malaysia seperti mee segera, oat, sambal tahan lama, kekacang, bar coklat tenaga untuk mengalas perut dan mengelak dari anda menderita kelaparan.
5) Istilah khinzir
Pelajari bahasa-bahasa lain atau istilah nama bagi daging khinzir yang digunakan dalam menu makanan di negara yang bahasa Inggeris bukan bahasa pertamanya. Ia memudahkan anda untuk memilih restoran dan menu supaya tidak tercari-cari orang untuk bertanya.
6) Vegetarian
Anda juga boleh memilih makanan vegetarian yang dirasakan tidak mengandungi alkohol atau sebarang unsur khinzir. Jika tidak pasti, anda boleh bertanya pada pelayan restoran untuk memberi ulasan atau cadangan makanan.
7) Masak sendiri
Anda juga boleh pergi ke pasar atau kedai orang tempatan untuk membeli bahan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, roti, madu, keju dan sebagainya untuk dinikmati. Jika terjumpa kedai yang menyediakan daging halal, lagi seronok. Penting juga untuk anda membawa bekas makanan sendiri untuk anda nikmati masakan anda di dalam hotel.