Skip to main content

Hiburan

PELUANG MENJADI SALAH SEORANG PELAKON FRANCAIS POLIS EVO!

Polis Evo

Pencarian rekrut baharu! Jom sertai uji bakat mencari pelakon francais Poliv Evo yang akan datang! Adakah korang mempunyai ciri-ciri seperti yang dicari? Tunggu apa lagi! Sila lapor diri di Markas Polis Evo pada 17 September 2025 (Rabu) di TGV Suria KLCC. 
 

Tempat adalah terhad!

Kelayakkan:

  1. Terbuka kepada lelaki dan wanita
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas
  3. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia
  4. Fasih bertutur bahasa Melayu

Polis Evo Wonda-ful 10 Years dikuatkuasakan oleh Kopi Wonda!

#PolisEvoWondaful10Years #PolisEvo10Years #PolisEvo #KopiWonda

 

En. Bassim

WATAK - EN. BASSIM

KRITERIA:
Lelaki, berpewatakan matang, berumur di antara 30an ke 50an, terbuka kepada semua bangsa

PERWATAKAN:

  • Seorang ketua kartel dadah yang berpengaruh, sangat tegas dan digeruni.
  • Juga seorang bapa yang bersikap dingin.
  • Padanya, emosi hanyalah alat untuk dikawal, bukan untuk dirasai.
  • Demi memastikan empayarnya terus unggul, dia sanggup mengorbankan segalanya termasuk keluarganya sendiri.
Insp. Daniel

WATAK - INSP DANIEL (DANNY)

KRITERIA:
Lelaki berumur pertengahan 20an ke awal 30an. Terbuka kepada semua bangsa.

PERWATAKAN:

  • Baru sahaja menamatkan latihan akademi dan kini ditugaskan di balai baru.
  • Seorang yang bercita-cita tinggi tetapi sentiasa gelisah dan kelam kabut.
  • Seorang yang pandai dalam teori dan perundangan terapi masih cetek bila di lapangan.
Ira Kalila

WATAK - IRA KALILA

KRITERIA:
Wanita muda berumur awal 20an. Terbuka kepada semua bangsa.

PERWATAKAN:

  • Seorang wanita muda yang memukau dan menggoda.
  • Digunakan oleh kartel sebagai umpan untuk memikat musuh.
  • Namun sudah letih dipergunakan sebegitu.
  • Dia inginkan kebebasan walaupun sedar jika melarikan diri, dia pasti akan mati!
Chief Imani Malik

WATAK - CHIEF IMANI MALIK

KRITERIA:
Seorang wanita matang berumur lewat 30an ke 40an. Terbuka kepada semua bangsa.

PERWATAKAN:

  • Chief Imani sudah bertahun-tahun dalam pasukan dan berpengalaman luas di lapangan.
  • Dia tajam dalam pemerhatian, lantang bila perlu, dan langsung tidak goyah dengan musuh.
  • Dia akan pastikan segala urusan diselesaikan dengan sempurna!

Advertisement

Must-Watch Video