Skip to main content

Viral

Pempengaruh, Suami & Anak Ditemui Mati, Dibungkus Plastik Dalam Trak Pikap

Esmeralda Ferrer Garibay

Seorang pempengaruh yang terkenal dengan gaya hidup glamor di TikTok ditemui mati dalam bungkusan plastik yang dibuang di dalam sebuah trak pikap di Mexico.

Lebih menyedihkan, mangsa yang dikenali sebagai Esmeralda Ferrer Garibay, 32, ditemui maut bersama suami, Roberto Carlos Gil Licea, 36 dan dua anak mereka iaitu Gael Santiago, 13, dan Regina yang baru berusia tujuh tahun.

Advertisement

Keluarga malang ini ditemui dibuang dalam sebuah trak pikap jenis Ford Ranger di Guadalajara pada 22 Ogos lalu.

Menerusi siasatan, pihak berkuasa percaya mereka telah dibunuh oleh kartel dadah di tempat lain sebelum disumbat dalam plastik dan dibiarkan di dalam trak pikap yang ditemui.

Kematian empat sekeluarga itu dikesan menerusi kamera litar CCTV selepas penyiasat menjejak laluan trak pikap yang ditinggalkan di sebuah bengkel setelah menemui kesan darah dan beberapa kelongsong peluru, lapor Latin Times.

Premis El Financiero pula melaporkan, kesemua identiti mangsa dikenal pasti pada 28 Ogos lalu. Suami Garibay dipercayai menjadi punca mereka sekeluarga dibunuh.

Garibay sebelum ini dikenali di media sosial sering mempamer kehidupan mewah dan memakai barangan berjenama. Dia juga kerap mempamerkan kereta mewah serta  menunjukkan dirinya melakukan pembedahan plastik yang mahal.

Malah mangsa pernah membuat lip sync dengan memberi gambaran beruntung kerana berkahwin dengan anggota kartel dadah kerana boleh mengecapi hidup mewah.

Shopee 9.9 Sale

Jimat RM900 Segera di Troli Shopee Anda!

Deal paling padu minggu ini! Belanja RM1,800 dan nikmati RM900 potongan dengan ShopeePay. Sah hingga 8 Sept, stok baucar terhad. Tekan untuk tuntut sekarang!

Must-Watch Video