Skip to main content

Pablo Amirul Muat Naik Video Berbaju Pengantin, Kini Hitung Hari Bahagia Bersama Dr Hana

dffd

Sekilas

  • Pelakon Pablo Amirul berkongsi video bersama Dr Hana Rose mengenakan busana pengantin di Instagram, menguatkan spekulasi perkahwinan mereka pada Februari ini.
  • Dalam kapsyen, Pablo menyatakan rasa syukur dan terima kasih kepada Dr Hana Rose yang akan menjadi isteri, sambil menekankan kepercayaan kepada ketentuan Allah.
  • Pasangan ini mendapat ucapan tahniah daripada peminat dan rakan artis, selepas Pablo mengumumkan hubungan mereka yang sudah mendapat restu keluarga sejak April tahun lalu.

Pelakon Pablo Amirul menyorot perhatian ramai apabila berkongsi hantaran istimewa berkaitan tarikh bahagianya bersama wanita pilihan hati, Dr Hana Rose.

Menerusi perkongsian di Instagram, Pablo memuat naik sebuah video memaparkan dirinya dan Dr Hana mengenakan busana pengantin sekali gus menguatkan lagi spekulasi mengenai majlis perkahwinan mereka.

Malah, hantaran tersebut turut disertakan dengan kapsyen yang memberi bayangan jelas bahawa pasangan itu bakal disatukan sebagai suami isteri pada Februari ini.

“Menghitung hari! Maha suci Allah atas segala ketetapan yang hanya milik-Nya. Maut, rezeki dan jodoh, walau dirancang sehebat mana pun, tetap Allah SWT yang menentukannya.

“Usaha, tawakal, doa, ibadah dan kebaikan adalah kesetiaan seorang hamba kepada-Nya.

“Kepada wanita yang akan menghabiskan hidup bersamaku, terima kasih kerana mencintai aku dan kita memilih untuk mencipta satu lagi bab baharu dalam hidup. Betul tak, Dr Hana Rose?” tulisnya.

Perkongsian itu mengundang ucapan tahniah daripada peminat dan rakan artis yang teruja menantikan hari bahagia pasangan berkenaan.

Terdahulu, pada April tahun lalu, Pablo pernah berkongsi bahawa dirinya sedang hangat bercinta dengan seorang pakar estetik yang dikenali sebagai Dr Hana Rose.

Menurut aktor tersebut, hubungan mereka telah mendapat restu keluarga dan dia memilih untuk tidak membuang masa terlalu lama sebelum melangkah ke fasa seterusnya dalam perhubungan.

 

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

Must Watch Video

Advertisement