Skip to main content

Viral

Nur Shahida Dedah Yusoff Ada ADHD, Tak Ada Perasaan Takut & Suka Buat Perkara Tidak Dijangka - “Masa Umur Setahun Ke Dua Tahun Dia…”

ASTROGEMPAK Shahida Yusoff

Sekilas

  • Seorang wargamaya berkongsi kekeliruan tentang perbezaan antara kanak-kanak aktif dan yang mengalami ADHD.
  • Datin Seri Nur Shahida berkongsi pengalaman anak lelakinya, Yusoff, yang mempunyai ADHD dengan ciri-ciri lasak, tiada rasa takut, dan suka buat perkara tak dijangka.
  • Banyak wargamaya lain turut berkongsi pengalaman mereka membesarkan anak dengan masalah ADHD.

Tular perkongsian seorang wargamaya yang ingin mengetahui ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai masalah Gangguan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif atau ADHD. 

 

Menurut individu tersebut, dia tidak dapat membezakan kanak-kanak aktif dengan yang berdepan masalah tersebut. 

 

“Macam mana ciri-ciri anak ADHD ya? Saya tak boleh beza aktif dengan ADHD,” tulisnya. 

 

Membalas perkongsian itu, usahawan Datin Seri Nur Shahida berkongsi mengenai salah seorang anak lelakinya iaitu Yusoff mempunyai masalah ADHD. 

 

Menurut Shahida, Yusoff mempunyai tingkah laku yang sangat aktif atau lasak selain tidak mempunyai perasaan takut dan gemar melakukan perkara yang tak dijangka. 

 

“Anak saya Yusoff pun ada ADHD. Saya ramai anak lelaki, semua lasak tapi Yusoff lasaknya lain macam… dia tak ada rasa takut.

 

“Dia tak suka ditekan-tekan dan dia suka buat benda-benda yang kita tak jangka,” kata Shahida. 

 

Selain itu juga, isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri ini turut mendedahkan kepala Yusoff kerap benjol ketika di usia sekitar setahun ke dua tahun. 

 

“Masa umur setahun ke dua tahun dia hari-hari ada benjol di kepala,” kongsinya lagi. 

 

Rata-rata wargamaya lain turut berkongsi pengalaman mempunyai anak yang berdepan masalah ADHD. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

SUPERSAVE Lampu Raya Ketupat Lampu Ketupat Raya Lampu Kelip Kelip Solar LED Light Hari Raya

SUPERSAVE Lampu Raya Ketupat Lampu Ketupat Raya Lampu Kelip Kelip Solar LED Light Hari Raya

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Must-Watch Video

Advertisement