Skip to main content

Selebriti

Netizen Minta Tegur Azeva Natassha Soal Aurat, Ameng Sudah ‘Letih’ Nasihat - “Saya Dah Cakap Beribu Kali, Sampaikan Dia…”

ASTROGEMPAK Ameng

Sekilas

  • Ameng Spring menegaskan dia sudah berulang kali menasihati anak perempuannya, Azeva Natassha, supaya menutup aurat tetapi perubahan itu bergantung pada hidayah dari Allah.
  • Selain Ameng, bapa angkat Azeva yang juga seorang ustaz, Ustaz Dr Mohd Izhar Ariff, turut memberi nasihat mengenai perkara sama.
  • Ameng berharap semua umat manusia mendapat kebaikan dan hidayah, serta menegaskan tanggungjawab sebagai bapa sudah dilaksanakan sebaik mungkin.

Seorang netizen meminta penyanyi Ameng Spring untuk menegur anak perempuannya iaitu Azeva Natassha untuk menutup aurat. 

 

Ameng yang ketika membuat siaran langsung di TikTok menegaskan, dia sudah berulang kali menasihati anak perempuannya mengenai perkara itu. 

 

“Aurat ni, kau cakap dengan dia sendiri la. Saya dah letih cakap… awak cakap dengan dia sendiri pula. Kalau awak berani, awak jumpa dia dan cakap sendiri. 

 

“Jangan pandai bercakap tunjuk dekat orang… saya dah bercakap, dah letih bercakap. Dah pakai speaker cakap ‘tutup aurat’. Dia tak tutup… kau nak buat apa?

 

“Sekarang tanggungjawab kau pula pergi cakap. Sebab aku dah bercakap, kau pula bercakap dengan dia. Aku cabar kau cakap dengan dia,” katanya. 

 

Jelasnya lagi, usaha menasihati Azeva bukan hanya datang daripadanya seorang, malah bapa angkat Azeva iaitu Ustaz Dr Mohd Izhar Ariff juga pernah memberikan peringatan mengenai isu sama.

 

“Aku dah suruh kawan aku cakap, dah suruh imam cakap. Tau tak ayah angkat Azeva itu siapa? Ayah angkat Azeva iaitu Ustaz Dr Izhar… pensyarah UKM. 

 

“Saya dah bercakap beribu kali dah, sampaikan Azeva itu tegur saya ‘pa, cukuplah cakap… bahagian papa dah lepas dah, papa dah cakap, adik faham benda itu. Cuma sekarang adik belum bersedia’.

 

“Ayah angkat dia, adalah seorang ustaz. Awak tengok media sosial dia, ustaz itu ada setiap majlis. Takkan ustaz itu tak cakap. Tetapi kita balik kepada hidayah milik Allah. 

 

Dalam pada itu, Ameng menegaskan sebagai bapa, dia sudah menjalankan tanggungjawab sebaiknya dan mengingatkan perubahan tidak boleh dipaksa.

 

Malah, dia turut meluahkan harapan agar semua umat manusia diberi kebaikan dan hidayah.

 

“Tak logik langsung kalau kita tak bercakap. Saya pun takut masuk neraka dan kita kalau boleh nak semua umat manusia bukan anak beranak kita saja, bukan keluarga kita saja nak masuk syurga. 

 

“Semua umat manusia ini kalau boleh masuk syurga… Cina, India, semua kalau boleh nak masuk syurga. Biar kosong neraka, itu matlamat kita,” ujarnya. 

@dhia.adwaa Doakan yang baik baik.. jangan provok dengan soalan soalan yang mengusik emosi orang.. #trending #azeva #amengspring #ttmm ♬ original sound - dhia adwa

Anda mungkin berminat dengan

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

Everlast Unisex Adults Barrel Bag (Black/White) - Sports Direct One Size

Everlast Unisex Adults Barrel Bag (Black/White) - Sports Direct One Size

New Style Seaside Holiday Style Flower Hairpin Atmosphere Hibiscus Flower Bangs Clip for Women

New Style Seaside Holiday Style Flower Hairpin Atmosphere Hibiscus Flower Bangs Clip for Women

YIDISEN Mesh Breathable Men's Lazy Shoes One-Pedal Convenient Soft-Soled Wear-Resistant Travel Easy

YIDISEN Mesh Breathable Men's Lazy Shoes One-Pedal Convenient Soft-Soled Wear-Resistant Travel Easy

JINTOHO Waterproof Winter Men Boots Original Leather Warm Snow Women Boots Men Work Casual Shoes 2024 High-top Non-slip Ankle Boots

JINTOHO Waterproof Winter Men Boots Original Leather Warm Snow Women Boots Men Work Casual Shoes 2024 High-top Non-slip Ankle Boots

Pillow Makeup Bag Soft PU Leather Portable Cosmetic Bag Double Layer Large Capacity Travel Toiletries Storage Bag Pouch

Pillow Makeup Bag Soft PU Leather Portable Cosmetic Bag Double Layer Large Capacity Travel Toiletries Storage Bag Pouch

Must Watch Video

Advertisement