Sekilas
- Umisya Mazlan memohon doa agar urusan kelahiran anak keempatnya dipermudahkan tidak lama lagi.
- Dia terkejut dengan reaksi netizen yang pelbagai selepas berkongsi foto baby bump di media sosial.
- Umisya dan suaminya, Aslam, yang pernah berpisah dan rujuk, kini mempunyai tiga cahaya mata sebelum kehamilan ini.
Pempengaruh Umisya Mazlan memohon doa orang ramai agar urusan kelahiran anak keempatnya dipermudahkan tidak lama lagi.
Menerusi satu perkongsian dalam Threads, Umisya mengakui terkejut membaca komen segelintir netizen selepas dia berkongsi foto terbaharu memaparkan baby bump miliknya.
“Uish ramainya marah, terkejut baca comments.
“Kitanya menunggu hari nak bersalin, doakan semoga dipermudahkan Misya bersalin,” tulisnya.

Sebelum ini, Umisya ada memuat naik beberapa keping gambar yang memperlihatkan dirinya sedang hamil sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.
Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir pengguna media sosial yang dilihat terkejut selain meninggalkan komen berbaur sinis mengenai kehamilan tersebut.

Terdahulu, nama Umisya mula menjadi perhatian ramai selepas suaminya, Aslam menjadi topik hangat apabila bernikah dengan Marissa Dania di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.
Umisya mendirikan rumah tangga bersama Aslam pada tahun 2020 dan pasangan itu pernah berpisah pada September 2023 sebelum kembali rujuk dalam tempoh idah.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Hud, 4, Nuh, 3, serta seorang bayi perempuan yang kini berusia sembilan bulan.
Sumber: Threads