Skip to main content

Viral

Kongsi ‘Conversation’ Dengan Isteri, Haqiem Stopa Mahu Perbetulkan Salah Faham Mengenai Kecurangan - “Bukan Pergi Check In…”

Haqiem Stopa

Sekilas

  • Haqiem Stopa mengakui kesilapannya dalam isu kecurangan dan berkongsi perbualan dengan isteri untuk jelaskan salah faham netizen.
  • Isteri Haqiem, Aireena Sofia, telah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pada 6 November lalu.
  • Mahkamah memutuskan pasangan ini melalui proses Jawatan Kuasa Pendamai dan mereka perlu hadir pada 13 Januari untuk sesi mediasi.

Kemelut rumah tangga pempengaruh Haqiem Stopa dan isterinya, Aireena Sofia atau Jane masih menjadi topik perbualan netizen di laman sosial. 


Terbaharu Haqiem memuat naik paparan skrin perbualan mesej antara dia dan isteri mengenai kecurangannya. 

 

Menerusi perbualan itu, Jane berkata dia hanya mengatakan Haqiem curang bersekedudukan. 

 

Manakala pada perkongsian yang lain, Haqiem mengakui kesilapannya itu dan menjelaskan tujuan dia berkongsi perbualan tersebut bagi menjelaskan salah faham yang berlaku. 

 

“Saya tak ada menafikan apa yang saya buat tu betul. Saya cuma tunjukkan conversation dengan isteri yang isteri saya sampaikan adalah curang bersedudukan.

 

“Bukan pergi check in hotel, keluar berdua dengan perempuan atau bermalam. Kejadian adalah 15 November 25. Bukan waktu isteri saya berpantang. 

 

“Satu lagi saya tak pergi konsert. Dan hari yang saya tak balik rumah waktu Jane berpantang adalah 19 September 2025. 

 

“Saya tak nafikan kesilapan saya. Saya cuma perbetulkan pemahaman orang luar tentang kenyataan sebenar itu sahaja,” kongsinya. 

 

Menerusi temu bual bersama Gempak sebelum ini, Haqiem berkata dia masih meletakkan harapan terhadap rumah tangganya dengan isteri.

 

Haqiem memberitahu setiap hari dia akan mencuba sebaik yang mungkin untuk memujuk hati isteri dan berharap diberikan peluang kedua. 

 

Difahamkan Aireena sudah memfailkan perceraian terhadap Haqiem di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, Selangor pada 6 November. 

 

Mahkamah pada Isnin memutuskan pasangan itu melalui proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP). 

 

Kedua-dua pihak diarahkan melantik Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan hadir pada 13 Januari ini. 

 

Sumber - Threads

Must-Watch Video

Advertisement