Skip to main content

Filem

Kalau Dengar Suara Pelik Waktu Malam, Jangan Tegur! Nanti 'Dia' Datang

Astrogempak

Sekilas

  • Polong adalah makhluk halus dalam kepercayaan Melayu yang dikaitkan dengan dendam dan amalan ilmu hitam, sering muncul dalam cerita urban legend di Malaysia.
  • Filem Polong arahan Zulkarnain Azhar akan ditayangkan mulai 28 Mei 2026, mengisahkan Maria Hadi yang menghadapi sumpahan selepas melepaskan Polong belaannya.
  • Filem ini menampilkan pelakon seperti Mimi Lana, June Lojong, dan Namron, membawa elemen misteri dan dendam dalam cerita rakyat ke layar perak.


“Kalau dengar suara pelik waktu malam, jangan tegur"

Pesanan seperti itu sering dikaitkan dengan kisah mistik dalam masyarakat Melayu, terutama apabila bercakap tentang Polong. 

Meskipun ada yang menganggapnya sekadar cerita lama, kisah mengenai makhluk halus ini masih menjadi antara urban legend paling menyeramkan di Malaysia.

Dalam kepercayaan orang dulu-dulu, Polong bukan sekadar makhluk yang mengganggu, tetapi dikatakan datang bersama dendam dan rahsia yang belum selesai. 

Justeru, banyak cerita tentang Polong sering bermula dengan kejadian aneh seperti bunyi ketukan pada waktu malam, bisikan halus, atau kemunculan bayangan kecil di dalam rumah.

Ada juga yang percaya gangguan akan menjadi lebih teruk jika seseorang cuba mencari atau menyiasat tentang kewujudannya.

Lebih menyeramkan, Polong juga dikaitkan dengan amalan ilmu hitam dan sumpahan lama yang boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi lain. 

Dalam banyak cerita rakyat, makhluk itu dikatakan boleh berpaling tadah dan membalas dendam terhadap tuannya sendiri.

Elemen misteri dan dendam inilah yang dibawa dalam filem Polong arahan Zulkarnain Azhar yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 28 Mei 2026.

Filem ini dibintangi Mimi Lana, June Lojong, Fad Anuar, Nadiya Nisaa, Namron, Amir Nafis, Riezman Khuzaimi dan Doy Rezwan.

Polong mengisahkan Maria Hadi, seorang wanita yang cuba mencari keampunan di akhir hayat selepas hidup dengan amalan ilmu hitam. 

Namun, apabila Polong belaannya dilepaskan kepada orang yang tidak sepatutnya, satu sumpahan mula menghantui keluarganya sendiri.

Anda mungkin berminat dengan

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Advertisement