Skip to main content

Selebriti

“Ini Kali Pertama Dalam 35 Tahun, Saya Tahu Macam Mana Rasa Viral” - Yusry Terkejut Penonton Suka ‘Muzaffar’

Yusry

Sekilas

  • Datuk Yusry Abdul Halim terkejut dengan keserasian lakonannya bersama Tracie Sinidol dalam drama Dendam Seorang Mentua yang menjadi viral.
  • Selepas 35 tahun dalam industri, ini kali pertama Yusry merasai pengalaman lakonan yang mendapat perhatian ramai secara viral.
  • Watak Muzaffar yang dilakonkan Yusry dianggap unik kerana bercinta dengan wanita separuh usianya, berbeza daripada watak sebelum ini.

Pelakon dan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim mengakui dia berasa terkejut apabila ramai penonton suka dengan keserasian lakonannya dengan aktres Tracie Sinidol dalam Dendam Seorang Mentua.

Menurut Yusry, 53 tahun, dia tidak pernah rasa dirinya menjadi ‘viral’ seperti sekarang dan mengakui perkara itu sukar untuk difahami.

“Saya agak terkejut juga apabila ada orang cakap keserasian saya dengan Tracie berjaya. Sebab masa shooting, kita tak rasa semua itu sebab kami hanya melakonkan watak masing-masing.

“Bila orang tengok, dan ia menjadi viral, saya rasa ini kali pertama dalam hidup saya selama dalam industri 35 tahun, saya tahu macam mana rasa viral itu.

“masa zaman-zaman saya dulu mana ada viral. Zaman itu kita turun padang, tiba-tiba orang ramai serbu… waktu itu baru tahu. Tapi ini kali pertama saya rasa benda ini dan agak susah untuk memahami,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, ahli kumpulan KRU ini beranggapan watak Muzaffar dalam drama itu nampak lebih menarik disebabkan jalan cerita yang lain daripada lakonannya sebelum ini.

“Untuk keserasian kali ini, mungkin ada nampak kelainan sebab sebelum ini saya selalu berlakon watak yang bercinta dengan orang sebaya.

“Tapi ini kali pertama yang bercinta dengan orang separuh umur saya. Jadi saya rasa mungkin itu antara faktor yang unik dan menarik tentang watak

Anda mungkin berminat dengan

READY STOCK WOOHUU Men Outdoor Sneaker Sport Shoes Kasut Sukan Lelaki Sneakers Fashion 562

READY STOCK WOOHUU Men Outdoor Sneaker Sport Shoes Kasut Sukan Lelaki Sneakers Fashion 562

Pillow Makeup Bag Soft PU Leather Portable Cosmetic Bag Double Layer Large Capacity Travel Toiletries Storage Bag Pouch

Pillow Makeup Bag Soft PU Leather Portable Cosmetic Bag Double Layer Large Capacity Travel Toiletries Storage Bag Pouch

ELGINI E16311 Seluar Kasual Wanita Kaki Lebar S-XXL | Women’s Wide-Leg Casual Pants

ELGINI E16311 Seluar Kasual Wanita Kaki Lebar S-XXL | Women’s Wide-Leg Casual Pants

【🇲🇾MALAYSIA READY STOCK】 MEDICAL SCRUB SUIT BAJU SCRUB TOP+PANTS

【🇲🇾MALAYSIA READY STOCK】 MEDICAL SCRUB SUIT BAJU SCRUB TOP+PANTS

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

(Refine by Lovito) Boho Shorts Sets Button Structure Line Spring/summer Pink Top Shorts Sets for Women LR13E060 (Refine by Lovito) Celana Pendek Boho SETs Kancing Garis Susun Musim Semi/ Celana Pendek Top Summer Pink SETs Untuk Wanita LR13E060

Must Watch Video

Advertisement