Skip to main content

Indonesia

Dewi Perssik Sewa Helikopter Demi Sembelih Lembu Sempena Aidiladha

Astro Gempak depe korban

Sekilas

  • Dewi Perssik membeli 12 ekor lembu untuk korban Aidiladha, dengan dua ekor disembelih di kediamannya di Jakarta Selatan dan selebihnya di beberapa daerah lain di Indonesia.
  • Untuk menyaksikan penyembelihan lembu di rumahnya, Dewi sanggup menyewa helikopter pulang dari Kalimantan ke Jakarta kerana perjalanan darat terlalu lama.
  • Dewi berasa puas hati dapat melakukan ibadat korban dan berkongsi rezeki dengan orang ramai sebagai tanda penyerahan segala milik kepada Allah.

Penyanyi dangdut Dewi Perssik diketahui membeli 12 ekor lembu untuk dijadikan haiwan korban sempena Aidiladha. Dua daripada 10 ekor lembu yang dibeli disembelih di kediamannya di daerah Lebak Bulus di Jakarta Selatan manakala bakinya dikorbankan di beberapa daerah lain di Indonesia seperti di Tasikmalaya, Jember dan Jawa Timur.

Menariknya, demi menyaksikan dua ekor lembu di kediamannya disembelih pada hari raya kedua Aidiladha, Dewi Perssik atau Depe sanggup menyewa helikopteri untuk pulang ke Jakarta.

Depe diketahui berada di Kalimantan kerana memenuhi undangan namun dia tetap mahu pulang dan menyaksikan sendiri dua ekor lembu yang sudah ditempah dikorbangkan sekali gus bertemu penduduk kampung untuk membahagikan bahagian masing-masing.

“Saya beritahu, saya sudah beli lembu. Lembunya sudah menunggu untuk disembelih. Akhirnya saya fikir kena pulang (Jakarta). Jadi naik helikopter,” kata Depe seperti dilaporkan Kompas.

Ujar Depe dia memilih untuk menyewa helikopter pulang dari Kalimantan ke Jakarta adalah kerana durasi perjalanan yang memakan masa cukup lama jika dilakukan dengan jalan darat.

"Ke Pontianak, dari Pontianak ke Ketapang. Dari Ketapang ke Kayong berapa jam? Nanti tidak sampai-sampai jadi saya putuskan naik helikopter sahaja,”katanya.

Depe mengaku puas hati dan gembira kerana dapat menyaksikan haiwan yang dibeli disembelih pada sambutan Aidiladha kali ini. Malah katanya, ibadat korban yang dilakukan pada tahun ini mempunyai makna tersendiri.

Menurut Depe, membuat ibadat korban umpama menjauhkan diri daripada berasa semua perkara adalah hak miliknya.

“Padahal semua kan milik Allah. “Jadi menjauhkan diri dari kepemilikan dalam erti di sini semuanya bukan punya saya, tapi titipan dari Allah. Jadi entah itu cinta, entah itu harta, semuanya saya pasrahkan kepada Allah,” katanya.

Depe juga mengatakan dia juga gembira kerana dapat berkongsi rezeki kepada ramai orang.

Katanya: “Seperti saat ini saya ada rezeki lebih, ya tidak ada salahnya buat berbagi. Kerana memang bukan milik saya, memang milik semuanya, milik Allah.

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Must Watch Video

Advertisement