Skip to main content

Hiburan

Ziana Zain Masih Selesa ‘Solo’, Gembira Erra Kahwin Lagi: “Kebahagiaan Masing-Masing”

Ziana Zain

Selain peminat, rakan industri turut meraikan pernikahan Erra Fazira dan Ezwan Zain. Ucapan selamat pengantin baharu dan pujian buat pasangan mempelai memehuni platform media sosial.

Jika sebelum ini mantan tunang Erra, Dato Awie bersyukur melihat aktres dan penyanyi itu kembali bertemu jodoh selepas dua kali kandas dalam perkahwinan, ikut teruja dengan penyatuan Erra dan Ezwan adalah Ziana Zain.

Sebagai seorang ibu tunggal dan sahabat Erra, Ziana memberitahu dia gembira melihat ‘adiknya’ itu kembali ke alam rumah tangga.

“Alhamdulillah, saya sangat gembira untuk Erra. Saya doa mereka kekal sehingga ke jannah. Setiap orang ada kebahagian masing-masing.

“Saya gembira bila tengok ‘adik’ saya gembira kerana sebelum ini ada juga kami berbual, bercakap tentang jodoh dan hidup sendiri,” katanya sewaktu ditemui pada sidang media Sembilu The Reunion Live In Concert

Penyanyi lagu Madah Berhelah itu juga memberitahu tidak sabar untuk menghadiri majlis resepsi Erra yang dijadual berlangsung pada 27 Disember ini.

Kata Ziana yang sudah bergelar ibu tunggal sejak tahun 2018i, beliau tidak berniat untuk membuat persembahan pada hari bersejarah itu sebaliknya ingin menikmati momen manis dengan menjadi tetamu Erra dan Ezwan.

“Saya tak mahu menyanyi dan tidak membuat persembahan. Saya mahu duduk dan menikmati kebahagiaan majlis mereka,” katanya lagi.

Mengulas tentang jodoh, Ziana mengaku buat masa ini selesa hidup bersendirian bersama anak-anaknya. Namun dia mengaku sebagai manusia biasa, dirinya tidak layak menolak atau ‘menarik’ jodoh.

“Saya tidak boleh kata tidak mahu (jodoh) dan sebaliknya. Ini semua kerja dan rahsia Allah. Tapi buat masa ini saya selesa hidup bersama anak-anak,” ulasnya.

Terdahulu Erra dan Ezwan sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada 12 Disember 2025. Ini merupakan perkahwinan ketiga Erra dan kedua Ezwan. Pasangan ini juga masing-masing memiliki anak perempuan berusia 16 tahun.

Must-Watch Video

Advertisement