Skip to main content

Selebriti

Yusry Nasihat Jangan Boros & Berjimat Cermat - “Kalau Ada Duit Simpanan, Berjimatlah, Sekarang Bukan Masanya Untuk…”

Yusry berjimat cermat

Sekilas

  • Datuk Yusry Abdul Halim menegaskan isu peperangan antara Amerika Syarikat dan Iran memberi impak besar terutama kepada harga minyak yang penting dalam ekonomi dan kehidupan harian.
  • Beliau menasihati semua, terutamanya dalam industri seni, supaya berjimat-cermat dan elakkan perbelanjaan berlebihan dalam situasi ketidakpastian ini.
  • Yusry juga mengingatkan orang ramai supaya bersedia menghadapi kemungkinan kekurangan minyak dan perubahan gaya hidup seperti polisi Bekerja Dari Rumah (BDR).

Pelakon dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim memberikan pandangannya terhadap isu yang menjadi bualan hangat iaitu peperangan di antara Amerika Syarikat dengan Iran yang dijangkakan memberi impak besar terhadap ekonomi negara.

Menurut Yusry, isu minyak merupakan antara yang diberi perhatian dan pastinya akan memberi kesan terhadap rantaian ekonomi berikutan ia merupakan antara sumber utama dunia bagi sektor pengangkutan.

“Apa yang berlaku sekarang ini adalah luar daripada apa yang kita semua pernah rasa. Saya juga tidak pernah merasa berada dalam keadaan perang.

“Saya tidak mengatakan akan tercetusnya perang dunia tetapi ada elemen-elemen yang masih lagi belum selesai sehingga sekarang.

“Semasa zaman perang dahulu yang kita dengar orang akan makan ubi kayu, tapi sekarang yang berlaku adalah masalah minyak.

“Minyak juga adalah sumber untuk segala bahan-bahan lain-lain, malah baja dan bahan makanan pun melibatkan ia juga,” ulasnya.

Yusry berkata demikian ketika ditemui pada majlis Macam-Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment, baru-baru ini.

Disebabkan itu juga, sebagai senior dalam bidang seni, Yusry menasihati rakan-rakan seindustrinya supaya berjimat-cermat dan tidak berlebihan dalam berbelanja.

“Pada saya sekarang kalau ada duit simpanan, berjimatlah. Sekarang bukan masa untuk berbelanja.

“Macam saya baru balik dari bercuti, tapi kalau saya tahu akan berlaku perang, mungkin saya pun tak akan pergi.

“Sekarang ini mungkin bukan masa yang sesuai untuk pergi bercuti, buat pinjaman atau  beli kereta dan sebagainya.

“Berjaga-jagalah bukan sahaja untuk anak seni, tapi untuk semua orang,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, anggota kumpulan KRU ini juga berharap setiap individu membuat persediaan untuk berdepan dengan ketidakpastian yang mungkin akan berlaku.

“Kerajaan buat polisi Bekerja Dari Rumah (BDR). Kita juga mengeluh minyak mahal. Tapi bayangkan suatu hari nanti tiada minyak, bagaimana? Dekat stesen minyak pun tiada lagi minyak, apa yang kita nak buat? Itu lagi masalah besar.

“Sebab itu kita kena ambil langkah berjaga-jaga, kita catukan penggunaan minyak dan adanya BDR. Saya harap orang ramai sedar betapa seriusnya perkara ini.

“Kalau berlarutan mungkin akan akan memberi kesan kepada kita. Tetapi harapnya tidak, buat masa sekarang berjaga-jagalah,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Must-Watch Video

Advertisement