Skip to main content

Hiburan

“Yang Tinggalkan Komen Tak Berasas Itu Bunyi Macam…” - Ika Nabella Pertahan Penganjuran Bachelorette Usrah, Harap Boleh Jadi Satu Trend

Ika Nabella

Pelakon, Ika Nabella mempertahankan penganjuran majlis Bachelorette Usrah yang menjadi perbualan hangat di media sosial baru-baru ini.

Menerusi hantaran di platform Threads, Ika menegaskan bahawa niat di sebalik majlis berkenaan adalah sesuatu yang baik dan tidak wajar dijadikan isu.

“Maaf, tapi yang tinggalkan komen tak berasas itu bunyinya macam bitter je. Gabungan perkataan pula dijadikan isu padahal isi majlis itu jauh lebih bermakna.

“Cuba fikir, betul ke awak tak akan seronok kalau kawan-kawan perempuan awak adakan majlis bachelorette versi Islamik untuk awak? Awak dapat rasa kedua-duanya sekali, usrah pra-perkahwinan bersama sahabat dan juga sesi bonding yang penuh keakraban.

“Kecuali memang awak tak ada kawan perempuan. Kalau macam tu, ya saya faham,” tulisnya.

Dalam masa sama, Ika menegaskan bahawa hanya Allah SWT yang mengetahui niat sebenar mereka dalam menjayakan majlis tersebut.

Ika juga berharap Bachelorette Usrah mampu menjadi satu trend positif dan bermakna buat wanita Muslimah sebelum melangkah ke alam rumah tangga.

Advertisement

“Its ok, Hinalah segunung sekalipun Allah tahu niat kami juga niat sahabat kami Betty yang menganjurkan.. tiada lain hanya nak meraikan adik kesayangan kami Amira sebelum berumah tangga dgn pengisian bermakna InsyaAllah.

“May this pre-wedding gathering become a meaningful trend among Muslim women. Cepat plan with your bridesmaids.Penting tau before stepping into marriage, top-up minda dan hati with knowledge, faith, and adab.

"InshaAllah, with the right guidance, a marriage will be filled with barakah and the pleasure of Allah. Siapa taknak berkasih sayang sampai syurga kan?” tambahnya. 

Terdahulu, segelintir pengguna media sosial memberikan pandangan berbeza mengenai nama majlis itu yang dianggap agak janggal walaupun ia diadakan untuk meraikan hari bahagia Amira Othman yang bakal tiba tidak lama lagi.


 

Must-Watch Video

Advertisement