Skip to main content

Hiburan

Wanita Kongsi Ubat Gigi Zaitun Dibeli Dari Sebuah Pasar Raya Bocor, Lokman Teh Ganti Baharu - “Orang Support, Saya Mesti Jaga Punya”

Lokman Teh

Sekilas

  • Seorang wanita berkongsi pengalaman tiub ubat gigi jenama Zaitun yang bocor walaupun kotak masih elok selepas dibeli di pasar raya.
  • Pengasas jenama, Datuk Lokman Teh, tampil menawarkan penggantian ubat gigi baru dan menguruskan penghantaran terus ke rumah wanita tersebut.
  • Tindakan tanggungjawab Lokman mendapat pujian ramai dan wanita itu menganggapnya sebagai hadiah paling bermakna.

Seorang wanita menyorot perhatian apabila berkongsi pengalaman dirinya yang membeli ubat gigi jenama Zaitun di sebuah pasar raya, baru-baru ini.

Dakwa wanita itu, terdapat ‘kecacatan’ pada ubat gigi tersebut apabila tiubnya bocor walaupun kotak masih berada dalam keadaan baik.

“Haritu saya beli ubat gigi Zaitun di sebuah pasar raya tapi dapat yang bocor sampai terkeluar isinya dari tepi.

“Sedihnya kena buang macam itu saja selepas macam-macam jalan dibuat nak selamatkan ubat gigi tak berjaya.

“Saja bagitahu pihak pasar raya tapi mereka kata ini bukan salah mereka,” luahnya.

Tanpa disangka-sangka, ciapannya itu mendapat perhatian pengasas jenama tersebut iaitu Datuk Lokman Teh, yang juga suami kepada pelakon, Datin Atikah Suhaime.

Jelas Lokman, kebocoran tersebut tidak sepatutnya berlaku dan ia berkemungkinan besar berpunca daripada tiub yang terhimpit secara kuat.

Lokman kemudiannya meminta alamat dan nombor telefon pengguna tersebut bagi menggantikan ubat gigi yang baharu.

“Aiyo kenapa sampai tepi ubat gigi itu boleh bocor? Ini mesti sebab kena himpit kuat ni.

“Tak apa, saya bagi ubat gigi baharu. Boleh dm saya alamat dan nombor telefon? Saya akan uruskan sendiri penghantaran terus ke rumah.

“Terima kasih support dan suka produk Zaitun. Orang support kita mesti jaga dengan baik,” balas Lokman.

Menerusi satu lagi hantaran, individu tersebut kemudiannya berkongsi foto bukti menunjukkan bungkusan yang diterimanya daripada Lokman.

Individu tersebut turut menitipkan ucapan terima kasih kepada Lokman sambil menyifatkan tindakan itu sebagai satu hadiah paling bermakna pernah diterimanya.

Sikap tanggungjawab yang ditunjukkan Lokman itu juga menuai respon ramai yang rata-ratanya memuji keprihatinan suami kepada Atikah Suhaime itu.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Must-Watch Video

Advertisement