Skip to main content

Hiburan

Video Tidak Bertudung Diulang Siar, Liza Hanim Hanya Mampu Beristighfar - “Kalau Nak Share Mungkin Boleh…”

Liza Hanim

Penyanyi dan pelakon, Liza Hanim akui tidak mampu berbuat apa-apa susulan penularan video lakonannya yang memaparkan dirinya yang tidak bertudung di dalam filem Laila Issabella dan KL Menjerit.

Menurut Liza, penyebaran semula rakaman lama itu adalah sesuatu yang sukar untuk dikawal, apatah lagi ia melibatkan kehidupannya sebelum berhijrah dan mengenakan hijab.

“Itu adalah sesuatu yang saya tak boleh nak bendung sebab benda itu memang dah ada. Apa yang saya boleh buat adalah istighfar jelah.

“Kita tiada kuasa untuk menarik benda tu cuma saya harap kalau ada yang sudi bantu saya, kalau tengok tu sendiri-sendiri sahaja, kalau nak share mungkin boleh edit sikit sebab kita ni ada zaman-zaman yang kita jahil.

“Tapi kalau anda tak mampu saya hanya boleh buat solat taubat je setiap hari,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, pelantun lagu Gelisah Mimpi itu juga memilih untuk tidak berkongsi semula video berkenaan sekiranya ada yang menandainya (tag)  di media sosial.

“Ada yang akan tag saya tapi saya minta maaf saya tak repost. Memang banyak orang tag saya cuma saya memang tak akan repost video itu,” tambahnya.

Must-Watch Video

Advertisement