Skip to main content

Hiburan

Video Bergaduh Bersama Bekas Isteri Tersebar, Kamal Adli Rayu Beri Ruang Untuk Tenang Lepas Cerai... - “Nak Fitnah Agak-Agak…”

bbb

Sekilas

  • Kamal Adli menjelaskan klip video bersama bekas isteri, Uqasha Senrose, yang tular di TikTok adalah rakaman penggambaran drama Astro ‘The House’ dan menafikan sebarang fitnah.
  • Kamal turut kesal kerana ada individu menggunakan namanya di TikTok sehingga mengelirukan orang ramai.
  • Uqasha dan Kamal sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas permohonan cerai difailkan atas alasan tiada persefahaman.

Pelakon Kamal Adli tampil bersuara susulan penularan potongan klip video memaparkan dirinya bersama bekas isteri, Uqasha Senrose, di platform TikTok yang mencetuskan pelbagai spekulasi netizen.

Menerusi satu hantaran berbentuk bebenang (thread), Kamal meminta orang ramai agar memberi ruang kepadanya selain menjelaskan bahawa klip berkenaan telah disalah tafsir dan digunakan untuk menabur fitnah.

“Salam. Di TikTok ada orang muat naik video saya dan Uqasha bergaduh kononnya pasal main futsal. Nak buat fitnah pun agak-agaklah.

“Sah-sah itu penggambaran untuk Astro ‘The House’. Muat naiklah klip itu sampai habis. Berilah masa dan ruang orang nak tenang,” tulisnya.

Kamal turut meluahkan rasa kesal apabila individu terbabit menggunakan namanya sebagai akaun TikTok sehingga mengelirukan orang ramai.

“Dahlah pakai nama ‘Kamal Adli’ dekat TikTok tu. Bodoh macam ni. Maaf,” luahnya.

Terdahulu, Uqasha Senrose dan Kamal Adli sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pukul 12.56 tengah hari, Isnin.

Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie Puan Siti Noraini Mohd. Ali selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan oleh Uqasha mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Mahkamah turut memerintahkan Uqasha menjalani tempoh iddah selama tiga kali suci bermula dari tarikh lafaz talak dibuat serta mendaftarkan perceraian tersebut.

Untuk rekod, Uqasha memfailkan permohonan perceraian terhadap Kamal pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang selepas lima bulan bertunang dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang dilahirkan pada 27 April 2024.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

K12 Wireless Karaoke Speaker

K12 Wireless Karaoke Speaker

Must-Watch Video

Advertisement