Skip to main content

Hiburan

Video Berbual Bersama DSV Tular, Netizen Puji Thalita Pandai Bawa Diri - “Bagus Tak Kekok Melayan Orang Lebih Tua…”

Astro Gempak 225

Sekilas

  • Video Thalita berbual mesra dengan Datuk Seri Vida di TikTok menarik perhatian netizen kerana sikap sopan dan mudah menyesuaikan diri Thalita ketika berinteraksi dengan orang lebih tua.
  • Warganet memuji keperibadian Thalita yang bijak membawa diri dan membandingkannya dengan arwah Siti Sarah yang terkenal peramah.
  • Reaksi positif turut menyanjung cara Thalita memberi perhatian dan melayan DSV dengan penuh hormat sepanjang perbualan.

Sepotong video memaparkan penyanyi remaja, Thalita bersama usahawan terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) mencuri perhatian ramai di media sosial.

Menerusi perkongsian di TikTok, Thalita dilihat berbual santai bersama DSV dalam suasana yang cukup mesra.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah cara Thalita melayan DSV yang dianggap sopan, tidak kekok dan pandai menyesuaikan diri ketika berinteraksi dengan individu yang lebih berusia.

Ruangan komen turut dibanjiri reaksi positif daripada warganet.

“Bagus Thalita tak kekok melayan orang yang lebih tua,” tulis seorang pengguna.

Seorang lagi netizen turut membandingkan sikap Thalita dengan arwah Siti Sarah yang dikenali sebagai seorang yang peramah.

“Macam Sarah kan… teringat dulu Sarah jenis apa-apa layan saja orang. Baik melayan,” komen pengguna lain.

Selain itu, ada juga yang memuji keperibadian Thalita yang disifatkan bijak membawa diri mengikut situasi.

“Pandai Thalita sesuaikan diri ikut keadaan,” tulis seorang pengguna.

Malah, ada yang menyatakan mereka senang melihat cara Thalita memandang dan memberi perhatian ketika DSV bercakap.

“Bagus dik, pandai melayan orang lebih tua. Suara sedap macam arwah Siti Sarah,” komen seorang lagi netizen.

 

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Sampul Raya 5pcs

Sampul Raya 5pcs

SELENDANG MILEA Selendang Bahu Kain Lembut Jenis Sulam

SELENDANG MILEA Selendang Bahu Kain Lembut Jenis Sulam

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Kerepek Pisang Manis Grad A Premium Kualiti 350g Sweet Banana Chips Grade A Premium 350g

Kerepek Pisang Manis Grad A Premium Kualiti 350g Sweet Banana Chips Grade A Premium 350g

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Must-Watch Video

Advertisement