Skip to main content

Hiburan

Vicha Saywho Teruja Pertama Kali Naik MRT Lepas 16 Tahun Menetap Di Malaysia, Netizen Pula Puji Dah Makin Kurus!

Astro Gempak 352

Sekilas

  • Pelawak dan pelakon Vicha Saywho berkongsi pengalaman pertamanya menaiki MRT selepas 16 tahun menetap di Malaysia.
  • Vicha berasa teruja dan mendapati pengangkutan awam itu mudah digunakan bersama anak-anak ke TRX.
  • Netizen memuji penampilan Vicha yang semakin langsing dan cantik dalam ruangan komen.

Pelawak dan pelakon Vicha Saywho mencuri perhatian apabila berkongsi pengalaman pertamanya menaiki MRT selepas 16 tahun menetap di Malaysia.

Menerusi perkongsian dalam Threads, Vicha meluahkan rasa teruja apabila akhirnya berpeluang mencuba pengangkutan awam tersebut bersama anak-anak.

“Nampak tak muka kita happy gila dapat naik MRT. Selama 16 tahun duduk di Malaysia, ini kali pertama naik MRT.

“Hari itu anak-anak ajak ‘mommy’ naik MRT pergi TRX dan ternyata senang saja. Ingatkan susah, takut sesat,” katanya.

Menurut Vicha atau nama sebenarnya, Refika Novianti Faturohman, pengalaman tersebut membuka pandangannya untuk lebih berani mencuba sesuatu perkara sebelum menilai.

“Itulah sebabnya apa-apa pun kita kena cuba dulu baru tahu sebelum menilai.

“Lepas ini nak explore lagi tempat lain guna MRT juga,” ujarnya.

Selain berkongsi pengalaman, Vicha turut memuat naik beberapa foto memaparkan dirinya berada dalam MRT.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bukan sahaja terhibur dengan perkongsian tersebut malah turut memuji penampilannya yang dilihat semakin langsing.

“Sis, dah kurus cantik sangat.

“Nampak makin muda.

“Pergh, kak Vicha macam anak dara!

“Makin cantik, kongsi tips kurus sis,” komen beberapa netizen.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Fast shipping Unisex Comfortable and non slip woven sandals Outdoor beach sandals

Fast shipping Unisex Comfortable and non slip woven sandals Outdoor beach sandals

Kemeja Batik Kelantan

Kemeja Batik Kelantan

Lovito Elegant Top Ruched Spring/summer Navy Blue Top for Women LK3ED025 Lovito Tōti Ataahua He Tōti Kahurangi Moana o te Koanga/Raumati mō ngā Wahine LK3ED025

Lovito Elegant Top Ruched Spring/summer Navy Blue Top for Women LK3ED025 Lovito Tōti Ataahua He Tōti Kahurangi Moana o te Koanga/Raumati mō ngā Wahine LK3ED025

Dr Cardin Women Lush Heels 1.5 inch L RPJ 9222

Dr Cardin Women Lush Heels 1.5 inch L RPJ 9222

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)

HABIB 916 22K Yellow Gold Charm 6800027Y

HABIB 916 22K Yellow Gold Charm 6800027Y

Must Watch Video

Advertisement