Sekilas
- Pelakon Adriana Adnan mendedahkan ada individu dalam industri yang memintanya mencipta kontroversi untuk kekal relevan.
- Pengacara Uyaina Arshad berkongsi pengalaman lebih teruk apabila diminta pergi ke kelab malam dan ambil gambar pegang minuman keras untuk cipta kontroversi.
- Uyaina memberi kata semangat kepada Adriana dan bersyukur kerana memilih untuk tidak ikut permintaan tersebut, menegaskan setiap orang ada perjalanan dan kelajuan sendiri dalam kerjaya.
Perkongsian pelakon Adriana Adnan yang mendedahkan ada individu dalam industri memintanya untuk mencipta kontroversi untuk kekal relevan turut mendapat perhatian pengacara Uyaina Arshad.
Pernah berada di situasi Adriana, Uyaina mendedahkan pengalamannya lagi teruk apabila diminta untuk pergi ke kelab malam dan mengambil foto sedang memegang minuman keras.
“Adriana, waktu saya mula-mula masuk industri, saya pun disuruh benda yang sama. Tapi saya kena lagi teruk rasanya. Dia suruh saya pergi club, pegang arak dan ambil gambar.
“Kemudian sebarkan gambar itu, hanya untuk cipta kontroversi,” kata Uyaina.
Pada perkongsian yang sama, Uyaina meluahkan rasa syukur apabila dia memilih untuk tidak melakukannya selain turut memberi kata semangat kepada Adriana.
“Saya bersyukur saya tidak bodoh. Tak apa Adriana, semua orang ada ruang, berkembang dan mempunyai kelajuan sendiri.
“Kita hanya buat yang terbaik. Selebihnya rezeki Tuhan. Dan awak dilaluan yang betul sekarang! Teruskan berjalan! Sentiasa menyokong awak,” katanya lagi.
Sebelum ini, Adriana mempersoalkan tindakan pihak yang memberi alasan secara rawak hanya untuk menjatuhkannya dan membuatkan dirinya berasa sengsara.
Menerusi perkongsian di Threads, Adriana bagaimanapun bersyukur dengan orang sekelilingnya yang sentiasa mempercayai bakatnya dan memilihnya.
Adriana turut mendedahkan ada seseorang dalam industri memintanya untuk mencipta kontroversi untuk kekal relevan.
Sumber - Threads