Skip to main content

Hiburan

Utamakan Kualiti, Fazziq Muqris Tak Mahu Jadual Padat Ganggu Fokus Kerja - “Kita Tak Boleh Tamak…”

Fazziq

Pelakon dan penyampai radio, Fazziq Muqris akui agak selektif dalam memilih projek lakonan demi memastikan kualiti kerjanya terjaga serta dapat mengimbangi masa antara dunia lakonan dan radio.

Menurut Fazziq, meskipun jadualnya sebagai penyampai radio agak fleksibel, dia tidak mahu terlalu tamak dalam menerima tawaran lakonan sehingga menjejaskan fokus utamanya.

Advertisement

“Apa-apa pun sebenarnya kita tak boleh tamak, ramai tahu saya sebagi penyampai radio dari jam 10 pagi sampai 1 tengah hari. Jadi banyak masa saya sebenarnya boleh diisi tapi buat masa sekarang saya tak nak conquer dua-dua. 

“Contohnya kalau dah selesai satu penggambaran barulah saya fikir nak buat projek seterusnya. Sebab kalau semua dibuat serentak, nanti jadual akan jadi terlalu padat,” katanya kepada Gempak. 

Tambahnya lagi, dunia radio kekal menjadi fokus utama, namun dia tetap mahu memastikan dirinya aktif dalam industri lakonan secara berjadual dan teratur.

“Fokus utama saya tetap pada radio. Tapi saya akan susun supaya dalam setahun tu mungkin ada dua atau tiga projek lakonan. Satu di awal tahun, satu pertengahan, dan satu di hujung tahun. 

“Dengan cara ini, orang akan nampak saya aktif, saya ada di TV, Radio dan saya dapat mengimbangi masa saya,” tambahnya. 


Sekadar info, Fazziq dikenali selepas menyertai program Hero Remaja dan pernah membintangi drama siri Project: High Council dan Kahar: Kapla High Council dengan memainkan watak Zahrin. 

Must-Watch Video

Advertisement