Skip to main content

Hiburan

Utamakan Ketenangan, Syada Amzah Enggan Beri Tekanan Pada Diri Dalam Soal Jodoh - “5 Tahun Lagi Pun Tak Apa, Saya Penat”

Syada Amzah

Pernah terfikir soal kahwin, penyanyi Syada Amzah bagaimanapun kini sudah tidak lagi memikirkan jodoh dan menyerahkan segalanya pada takdir. 

 

Menerusi perkongsian di platform Threads. adik kepada penyanyi Shila Amzah ini mengakui dia sudah letih untuk memikirkan soal tersebut. 

 

“Dulu memang rasa macam ‘bila la turn aku nak kahwin’. Tapi sekarang, saya dah tak kisah, ada rezeki adalah kalau takda juga mungkin belum masa. 

 

“Tiga, empat tahun lagi atau lebih lima tahun lagi pun takpa, saya penat,” kongsinya. 

 

Pada perkongsian yang sama, Syada memberitahu keutamaannya kini hanyalah ketenangan dan enggan memberi tekanan pada diri sendiri. 

 

“Saya utamakan ketenangan saya dari nak beri tekanan pada diri sendiri. Hustling, working every single day untuk bills yang dah tersedia, not a single cent for myself, except maybe food. 

 

“I played games untuk release tension, and that is the only thing my brain can work with at the moment,” ujarnya. 

Must-Watch Video

Advertisement