Sekilas
- PU Amin menegur pembikin konten paranormal yang menggunakan agama dan ayat Ruqyah sebagai alat untuk menghalau hantu di media sosial.
- Beliau menegaskan Ruqyah adalah amalan rawatan berlandaskan syariat yang perlu dilakukan dengan ilmu, adab, dan niat yang betul, bukan sekadar jampi serapah atau bahan kandungan viral.
- PU Amin mengingatkan bahawa kandungan mencari hantu berunsur mistik berpotensi membawa kepada syirik dan perlu dihentikan segera.
Pendakwah bebas, PU Amin menegur segelintir pembikin konten paranormal di media sosial agar tidak menjadikan agama dan bacaan ayat Ruqyah sebagai 'alat' untuk menghalau hantu.
PU Amin tampil membalas kepada hantaran yang dimuatnaik di Threads seorang pengguna merujuk kepada satu kandungan video seorang pempengaruh media sosial tentang 'saka berlaga'.
"Ustaz, agama dan ruqyah bukan gadjet dan alat halau hantu, mindset sesat macam ni kena betulkan segera.
"Buat program hantu tak perlu standby ustaz, ustaz bukan mainan dan kuli halau hantu, ruqyah bukan jampi serapah. ," tegurnya.

PU Amin turut mengingatkan bahawa amalan ruqyah bukanlah jampi serapah atau bahan kandungan viral, sebaliknya satu pendekatan rawatan berlandaskan syariat yang perlu dilakukan dengan ilmu, adab dan niat yang betul.
Malah, PU Amin menegaskan bahawa kandungan berbentuk 'mencari hantu' atau sensasi mistik berpotensi membawa kepada unsur syirik jika tidak dibendung.
“Yang kena stop adalah content cari hantu yang syirik ini,” tambahnya lagi.

