Skip to main content

Hiburan

Uqasha Senrose Fail Cerai, Fazura Pula Dipersalahkan? Peminat Tampil Pertahankan - "Banyak Pahala..."

Fazura Uqasha

Kebelakangan ini, nama pasangan pelakon, Uqasha Senrose dan Kamal Adli mula menjadi perhatian netizen sejak mereka berdua didakwa sudah tidak mengikuti antara satu sama lain di sosial media. 

Malah netizen juga dikejutkan dengan berita aktres tersebut telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur untuk sebutan pertama bagi pemfailan cerai yang telah dilakukan pada 1 Oktober lalu. 

Bagaimanapun, proses itu terpaksa ditunda kerana Kamal Adli tidak menghadirkan diri ke mahkamah. 

Apa yang menjadi kurang enak, apabila ada yang berkongsi tangkap layar menunjukkan segelintir netizen mula menyamakan isu ini dengan isu rumah tangga pelakon, Nur Fazura. 

Menerusi perkongsian gambar di Threads itu, ada komen yang mendakwa Uqasha dihasut oleh Fazura. 

“Kena hasut dengan Fazura ke macam mana ni. 

“Peel Fazura. 

“Dah macam Fazura dah. 

“Ni semua simptom Fazura la ni… ikutkan sangat,” tulis netizen. 

Namun, ada juga segelintir netizen yang mempertahankan pelakon yang popular menerusi filem Gol & Gincu itu. 

“Doakanlah mereka diberi hidayah. 

“Orang lain yang bercerai, nama Kak Faz juga yang kena, mintak pihak sana bawa-bawa tegur fans. 

“Banyak pahala Fazura dapat. 

“Jangan apa yang dorang kata tu bebalik setepek kena dekat muka dorang balik. 

“Kesian my Fazura, dont kacau Faz okay,” kata beberapa netizen lain yang mempertahankan Fazura.

Sekadar info, Uqasha Senrose dan Kamal Adli sah bergelar suami isteri pada 5 November 2021 dalam satu majlis pernikahan tertutup di Janda Baik, Pahang. 

 

Advertisement

Pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.

Must-Watch Video

Advertisement